Anda adalah tetamu ke blog ini.

Sabtu, 7 November 2015

Bagpacker bajet ke Moscow



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama saya tidak menulis hahahah.. mungkin kerana pengaruh media sosial FB yang lebih banyak interaktif membuatkan saya jarang ke sini..

Sebenarnya saya mempunyai hobi sampingan dari hobi radio amatur.. ya, sama seperti rakan-rakan lain dalam dunia radio amatur. Ada yang aktif hobi 4 wheel drive hingga berjumpa pula hobi radio.. ada yang kaki gunung dan akhirnya melekat sekali dengan hobi radio amatur.

Begitu juga saya. Hobi radio amatur saya bergndingan dengan hobi bagpacker, mengembara bajet. Kali ini saya berkesempatan menjelajah ke Moscow Russia. Saya pernah ternampak satu sticker yang diedarkan oleh ASTRA ketika awal tahun 2000 - See the world, Join Navy. Know The World Join Ham Radio.. gitu la bunyinya heheheh...

Dengan pesawat Vietnam Airlines dan offer hanya RM1k tak lebih... Kuala Lumpur, saya cuba menjejak kaki ke negara bekas milik Maharaja Tsar.

** Kemaskini, ada orang bertanyakan kos visa Russia.. saya mohon sendiri visa di Kedutaan Russia. Dalam RM250 kalau tak silap. Tips saya, hangguk kepala saja pada kerani India di kaunter tu dan ikut saja apa dia nak walaupun rasa dah lengkap permohonan.... asalkan dia lepas barulah ke kaunter pembayaran untuk jumpa kerani Russia yang lawa macam Maria Sharparova hehehehe.... 

Owh lupa, pesawat ini transit di Saigon (Ho Chi Minh City). Oleh kerana transit dan keesokkan harinya baru flight ke Moscow, kami menginap di hotel depan airport taksunat (begitu la nama airport ni). Tak jauh hotel ni.. hanya berjalan kaki dari pintu keluar airport.

Keesokkannya naik bas ke bandar untuk sarapan di belakang Pasar Benten.. Sempat la snap beberapa gambar...


Tu dia... baru saya belajar bunga 21 kuntum 15 kuntum, jika nak memilih corak kain... Perhatikan, Nama kedai yang mempunyai signboard kuning.. betapa kerapnya orang malaysia datang shopping fuhhh...



Dah selesai sarapan, balik ke airport untuk menyambung kembali perjalanan kami. tambang dalam 50sen ajer. Lagipun Bus Stand ke airport betul-betul depan Market Benten atau nama nya saigon bus station.


Awal pagi.. orang nak ke tempat kerja...

Sampai airport, check in dan masuk dalam flight, macam biasa buka paper local yang diedarkan percuma. Wah..


Hanya ini akhbar dalam bahasa Inggeris yang ada... layan..


MMm... sedikit bangga ada berita tentang negara kita disebut... cayalah!


10 jam perjalanan dari Saigon ke Moscow..


Sempat snap gambar..


Sampai sahaja di Lapangan Terbang Domodedovo Moscow, salji turun halus... nampaknya suhu kat luar mungkin 0 Celcius.. malam dah rupanya.. disini beza 3 jam dari kuala lumpur rupanya.



Dari airport, naik bas saja sebelum melompat ke local train.. walaupun boleh ajer naik tren dari airport tetapi menaiki bas lebih murah.. dalam 1000 Rubble berbanding tren yang perlu membayar lebih sedikit.


Turun di stesen stesen depan Arbatskaya... Check in hotel di Arbat Street... Wah.. 1 Celcius rupanya..
Entah macam mana... letak kepala di bantal terus tertidur... zzzzz.


Subuh agak awal.. bangun dari tidur awal pagi. Rupanya Salji turun sikit awal pagi..


halus... nasib baik tak bawak sirap, kacang dan jagung.. kalau tak dah jadi ais kacang.


Kami dengan berjalan kaki, berjalan-jalan ke sekitar Pusat bandar Moskow... basah sikit dek hujan ... 1 minggu sebelum tu sahabat saya 9W2WF telah belikan saya baju sejuk di Bundle famili Ampang... fuhh nasib baik bawak..


Di hadapan Kremlin...


Nak melepak pun semua tempat basah... dan penuh salji..


Haaa... ni la gereja dalam kawasan kremlin yang popular dijadikan gambar kenangan...


Mall GUM.. satu mall sebelah Kremlin yang agak elit.. tandas nak masuk pun mahal dan ada mesin terima bayaran kad kredit.


Tren disini agak klasik.. seperti menonton filem james bond di zaman hitam putih.


Tram pun ada...


Singgah solat jumaat di Masjik Moscow yang merupakan masjid terbesar di eropah. Kebetulan baru dirasmikan oleh Presiden Russia, Vladamir Putin.


Pandangan dari jauh...


Keluar saja masjid selesai solat jumaat, salji turun dengan lebatnya...


Arghhh... biasanya di malaysia lepas solat jumaat pasti mencari ais kacang.. di sini nikmat Allah hebat.. Ais Kacang jatuh dari langit. Bertebaran manusia kembali menjalankan tugas selepas selesai solat.


Baju tak kalis air.. basah la sikit..


Sambil jalan-jalan nak pulang ternampak orang menjual buku..


Haram satu pun tak faham... semua bahasa russia.


Salah satu stesen tren di moscow.. banyak lukisan-lukisan mural era soviet...


Ada yang dalam proses pembaikan...


Ahaa.. dah jumpa pintu keluar..


Saya keluar saja dari stesen, singgah di stesen keretapi antara bandar.. Sahabat saya mahu ke St. Peterburg...


Selesai menghantar sahabat, jalan-jalan lagi. nampak silo ni? reaktor penyejuk di setsen janakuasa (nuklear?). Jika di malaysia ia nya satu mekanisma yg boleh mengguna kembali tenaga haba kepada tenaga lain.


Ahaaa.. dah jumpa pasaraya ni. Ada medan selera makanan halal dalam ni.


Hari dah petang.. masa balik ke hotel..


Disekitar Arbatskaya atau bahasa nya Jalan Arab menempatkan dewan kesenian dan barisan kedai yang menjual cenderamata.


Antara hasil karya kanak-kanak yang dipamerkan.


Juga telefon awam yang menjadi sejarah...


Serta grafiti anak-anak muda...


No idea la.. tak faham hehehhe...


Tetapi agak menarik.


Sekor ni pun ada...


Tak melepaskan peluang beli Fredge Magnet...


Terdapat satu lukisan besar...


Disebalik jalan Arbat, ada kedai-kedai lain.. saya ambil kesempatan cari Decoder..


Kadar tukaran... untung pulakk tukar Euro siap-siap hahahha..


Kembali ke arbat street... ada sekumpulan wanita berdansa...


Haaa... buah berangan pun ada jual rupanya kat sini..


Gambar lebih jelas... entah siapa orang ni...

Tukar tadi kat money changer 20 Euro... beli tiket tren 5 kali guna.. Owh lupa pulak. Kat sini kadar tambang tren dikira begini.. 180 rubble (1 kad) boleh 5 kali naik ke mana2 destinasi. maknanya boleh guna 5 kali (dicaj bila masuk sahaja... keluar tak perlu scan kad. Minima beli 1 trip, 5 trip... hingga 40 trip.. lagi banyak beli trip lagi murah.

Sekali lagi terlelap bila sampai ke katil hotel... 10 jam berjalan tanpa henti. tak sempat nak makan ....

Bersambung .... Next : Misi mencari radio valve dan barangan radio amatur
Related Posts with Thumbnails