Anda adalah tetamu ke blog ini.

Rabu, 12 Jun 2013

Pelapis..

Salam hormat dan jumpa lagi.

Alhamdullillah saya masih ingat lagi password blog ini

Saya agak tertinggal tentang pemergian Allahyarham Nasior 9M2NL atau gelaran yang kami berikan Nasi Lemak. Alfatihah buat beliau.

Nampaknya pelapis muda warga ham radio makin berkurangan untuk meneruskan hobi ini...

Dan jangan lupa sahabat-sahabat tentang 2 tarikh ini iaitu AGM mares yang akan diadakan di UKM dan Persidangan Amateur Radio awal bulan 7 nanti. Sila rujuk http://malaysianamateurradioleague.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut.

Kesihatan dan masa banyak membuatkan saya tidak dapat menulis dengan baik. Dan acakali keluarga menjadi keutamaan buat masa sekarang. Kehidupan di Johor Bahru - Putrajaya - Pulau Pinang setiap bulan... aduhh.

Ramai sahabat yang juga mengalami nasib seperti saya. Hahahaa.. entahlah.

Ada beberapa artikel yang telah sekian lama saya draf tapi masih belum sempat saya 'kosmetik' kan. Antaranya ialah pencarian peralatan radio di Akihabara beberapa hari kemudian Hamfest di Kuala Lumpur (yang terakhir dianjurkan oleh Allahyarham Azli Paat). Kemudian Ke Australia mencari antenna HF. Sebelum saya kembali ke Shanghai mencari IC. Singgah sebentar di Hong Kong dan berkisar 1 gerai yang mengumpan pelanggan dengan ayunan CW di Mongkok.

Rasanya... masa sangat terhad. Dengan kesihatan yang Allah berikan ketika ini saya sempat menulis sedikit. Mudah-mudahan saya sempat menulis dan menghidupkan blog ini buat tatapan pembaca setia saya.

Hingga kita berjumpa lagi... 73


  
Related Posts with Thumbnails