Anda adalah tetamu ke blog ini.

Ahad, 9 Disember 2012

Field Day 2012

Assalamualaikum.

Banyak draf dalam blog ini yang tak sempat saya terbit. Terlalu banyak gambar-gambar yang harus dibetulkan sebelum dapat saya siarkan. Ianya berkaitan perjalanan saya ke Jepun hinggalah saya bertemu dengan Bengali Key buatan Itali. Harap bersabar ya huhu..

Alhamdullillah, minggu lepas Yaesu FT 817 saya dapat jua berkendali dengan baik selelah sekian lama tidak digunakan. Kali ini saya menyertai Mares di Tasik Jaya Petaling Jaya.

Minggu lepas kebetulan satu Organisasi yang menggabungkan suara komuniti radio amatur di Malaysia yang terdiri dari pelbagai persatuan, Malaysian Amateur Radio League (MARL) telah mengadakan satu hari khusus iaitu hari Field Day seMalaysia.

Terdapat banyak stesen radio amatur yang mengambil bahagian menyertai rencana ini. Bacaan lanjut boleh di lihat di blog MARL iaitu http://malaysianamateurradioleague.blogspot.com

Suatu pencapaian terbaik buat ham radio malaysia.. syabas.
Saya hanya mencuba antena Magnetic Loop yang diukur pada freq 40m band sahaja. Berikut ialah sedikit gambar antena saya. Ianya bekerja hanya 1 watt (FT817 yang dikuasakan bateri 12V 7Amp) sahaja.


Berikut ialah kapasitor yang digunakan. Johson Capacitor 30-360pF.



Gambar di bawah pula ialah magnetick loop yang saya bina menggunakan pelbagai variasi.



Dan inilah hasilnya... mampu menghidupkan lampu kalimantan dan membakar sel saya.. 6 bulan nampaknya saya kena kuarantin untuk pulih dari dedahan RF :).




Itu sahaja catatan saya, jika ada rakan-rakan yang masih ada menyimpan majalah Marts Newsletter lewat tahun 80an pasti mengatakan aktiviti Field day ini adalah nostalgia.. Ya sangat nostalgia kerana ketika inilah semua ham radio di Malaysia keluar ke lapangan untuk menguji peralatan homebrew, ragchew di udara dan camping. Tidak lupa BBQ hahaha.. saya masih ingat ada catatan dalam majalah ini seperti IPOH BOYs, Penangs Ham dan lain-lain.. betapa enjoy mereka ketika itu bilamasa field day dijalankan. Sayang sekali, suasana itu sudah lama tidak dikecapi pada generasi ham radio saya.....


P/S: Pada Team Perak... durian sekarung setiap sorang beb, seronok! dan team Pulau Besar yang mempunyai banner paling simple, tetapi masih terbaik. Jumpa lagi tahun depan Insyallah ;).



Related Posts with Thumbnails