Anda adalah tetamu ke blog ini.

Selasa, 27 Oktober 2009

DXpedition 7/2009 Laut China Selatan


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Seperti yang telah saya rancangankan.. Kali ini saya dapat menyertai satu lagi ekspedisi yang saya selitkan dengan DXpedition. Alhamdullillah, dihantar ke Johor amat-amat membantu saya dari semangat untuk terus aktif dalam dunia radio.

Berkat bantuan kawan-kawan akhirnya saya menjejakkan kaki ke Sedili, satu daerah di Johor dimana ia agak popular dikalangan kaki pancing. Kamal Ikan (9M2VIP) pernah pergi ke kawasan ini memancing.

Dengan bantuan Yaesu FT817ND, Garmin 276C Chartplotter, antenna miracle whip homebrew, Dipole 20M shorted dan kuasa bateri 12V 35A/h, dan key CW. Saya bercadang berkendali di 20m, 15m dan 10m CW mode. Kuasa maksima 5W QRP adalah terbaik.

Walaubagaimanapun amat-amat mengecewakan. Bateri yang saya akan guna telah digunakan juga oleh kawan-kawan yang memancing untuk menghidupkan sonar mencari ikan. Aduss.. sempat 2 jam TX sebelum batteri tersebut terus habis. Sonar menggunakan tranducer yang agak kuat kuasanya.

Beberapa station saya sempat senaraikan dalam buku log. Insyallah nanti saya kemaskini. Stesen terjauh ialah dari VK manakala VU juga ada.

Saya sertakan sedikit sebanyak gambar buat tatapan rakan-rakan.




Garmin 276C dengan peta bluechart.. benar-benar membantu saya dan juga para pemancing... perhatikan wreck tu hehehe..



Setup stesen saya selepas bateri kaput. Nasib baik air tenang... tak beralun. Dah bateri kaput baru teringat nak amik gambar daaa....




Sedang beraksi... sorry la... mata baru bangun tido hehehe...


Tiba-tiba paginya terperasan ada sebuah bayangan frigat TLDM.. buat apa ya?


Rupa-rupanya excersice, mungkin nak abiskan stok peluru yang dah nak expired.
Cuba mendekati pulau tersebut selepas dibinasa... abis gondol... Pulau Yu namanya.
Aktiviti radio tamat begitu saja bila bateri utama dah kaput. Kuasa bekalan atas bot hanya 24V sahaja. Mmmm... akhirnya saya beralih menyertai kawan-kawan memancing.. best ker? Kamal Ikan cakap best.. jom try..

Yang ni no komen hehehhe...
Ketua pemacing kali ni... Rashdan... bukan main ligat weiii...

Aku yang dah gemok.. alahai..


Haa... yang ni namanya Umai... perghhh.... Sushi malaysia...


Proses pembuatan... ikan fresh. segar.

Ni namanya Din, kaki apollo... katanya mudah.

Ni dia kaki kat opis aku. ada lagi yang lain tapi kaki ikan tawar. Yang baju putih tu la terjun laut masa nak tangkap udang. Sedar-sedar aku nampak kasut ajer tengah laut. Hebat betul dia ni.



Suasana matahari mula condong di laut China Selatan..


Bot satu lagi kawan kat sana. Cik Aziz opis mate dan kawan-kawan kat bot satu lagi.


Ni dia tekong kitaorang.


Rashdan dengan hasilnya... menagum beb hahaha..

Im dengan gayanya. Perhatikan air tenang beb. Bulan depan dah mula beralun.


Ni hasil dari gaya tadi hehehehe....


Dan aku pun tak mahu ketinggalan ;)
Apapun komen saya, DXpedition kali ni adalah tidak berjaya. saya merancang akan mengadakan satu lagi Dxpedition penutup tahun ini. selepas selesai sahaja pulang dari Beijing nanti. Insyallah saya mencari masa mencoret sesuatu. Diharap ada lagi peluang hujung tahun ini menghimpunkan hardcore-hardcore DXpedition dibawah satu khemah.
Field Day lagi jooooommmm... !!! ;)
73

Arishah
Johor Bahru

Related Posts with Thumbnails