Mohon lihat gambar di salinan AA di bawah:
http://yw2yzu. blogspot. com/2009/ 08/lihat- tapi-tak- nampak.html
Mohon pandangan tuan2 tentang term hanya untuk ahli pada kedua-dua lesen dilampirkan. Saya percaya MCMC melakukan sekali lagi kekeliruan dengan memasukkan 'hanya untuk ahli persatuan tertentu sahaja' dalam AA repeater.
Bagi saya semua pemegang lesen radio amatur berhak menggunakan semua freq yg diperuntukkan kepadanya tanpa had kecuali hal2 kecemasan. Pada pandangan saya term yang betul 'untuk radio amatur berdaftar sahaja' yang sesuai. Atau padamkan saja ruangan tersebut mampu mengurangkan kekeliruan.
Saya percaya jika perkara ini tidak dibawa ke MCMC dengan segera maka akan terdapat perbalahan dan pengusiran keluar ham radio sah dalam freq yang sah a.k.a HALAU.. bibit2 tersebut telah berlaku kini.
Kita berkongsi jalanraya yang sama dengan cukai jalan yang sama.... tiba-tiba kita dihalau keluar kerana jalan yg dikongsi itu dikhususkan pada org tertentu sahaja..Bukankah radio amatur tanpa sempadan dan kita juga berkongsi freq dengan ham radio negara tetangga? Fikirkan dan taburkan pandangan anda..
P/S: Seseorang harus menegur MCMC tentang soal ini dari melihat ia memecahbelahkan kita... err apa? 1Malaysia? 1ham radio Malaysia? hehehe
Kredit pada 9W2YZU
1 ulasan:
ni bukanlah kes pertama,malah AA untuk APRS Digipeater pun dicetak sebegitu rupa.Malah yg lebih menghairankan lagi,kita apply 2 AA pada masa yang sama,1 utk U dan 1 utk V,cuma satu sahaja dicetak sebegitu rupa..ada muslihat ka?
Kena ambik peduli hal-hal sebegini...
73 de 9w2rut
Catat Ulasan