Anda adalah tetamu ke blog ini.

Selasa, 6 Mei 2008

Titik mula untuk ARDF

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sedikit maklumat dari Koran Surya (Surat Khabar Surya) bertarikh 4 Mei 2008 mks 17 keluaran Surabaya buat tatapan pembaca.



Dan kenangan-kenangan saya mendapat sijil dari Panitia Acara. Di sini dipanggil Piagam Penghargaan ;)

Tapi tak boleh lawan yang ini, sebab champion punya hehehe... siap masuk fox hunting wakil malaysia :) (Gambar diciplak dari 9W2SQ)

Juga tidak lupa Pak Aam YC3GZA yang sudi meluangkan banyak masa pada kami dari Malaysia. Risau saya kerana layanan Om Aam terlalu baik hinggakan tidak mungkin saya dapat membalas setimpalnya. Terima kasih Om Aam :)


Juga Om Jyoko Yc3OS yang sudi menanti di Airport (Bandara Juanda) ;). Harapannya Om Jyoko sudah menerima T-Shirt kenang-kenangan dari kami ketika membaca posting ini.... :)

Juga tidak lupa kepada sponsor penerbangan saya kali ini dan bank wang bergerak Pak Yob 9W2YR hehehe... Insyallah saya akan bayar terdekat ini bakinya nanti :p

Dan.. titik mula saya untuk lebih enjoy dalam hobi ini. Insyallah mungkin lebih kepada penganjuran dari menjadi peserta ;)



Demikian.. khabarnya Mares akan mengadakan bengkel Fox Hunting bulan ini. Manakala penganjuran di Sabah (Tuaran Hamfest) amat berjaya dalam aktiviti field day yang lepas. bagi yang berminat terdapat komuniti yang aktif dalam aktiviti ini di Malaysia iaitu Marts MyArdf. Para pembaca boleh melawati ke http://www.myardfsport.com/ .

Oh!! dimana IC-2N ku... hahaha....
73!!

6 ulasan:

9w2ibr berkata...

Ardf beacon tu ada beli lebih tak? Minat juga dalam bidang fox hunting.

Jurukaka berkata...

Ada tapi sudah diambil orang :)

jurukaka berkata...

Ops... saya ada lagi 3 Beacon Fox Hunting untuk dijual. Kawan tu tak jadi ambil. sesuai untuk belajar Fox hunt dan latihan untuk kontest :)

Cepat siapa cepat dia dapat!!

9w2ibr berkata...

Boleh infokan berapa kosnya? Nanti saya bincang dengan kawan2. Ingat memang nak wujudkan team memburu serigala. HI.

Jurukaka berkata...

Ada dijual di flea market pada 1 Jun 2008 ini di http://fleamarket.mares.org.my
Siapa cepat dia dapat!!

Zeiyn berkata...

Bang.. ARDF beacon tu ada baki lagi ? Nak beli laa.. -de 9W2BDX-

Related Posts with Thumbnails