Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kembali lagi dalam tulisan yang amat terhad ini. Sekadar ingin memaklumkan pihak Mares akan mengadakan Acara Pasar Lambak pada 1 Jun 2008 ini. Maklumat lanjut boleh diperolehi di http://fleamarket.mares.org.my/
Saya mewakili rakan saya ingin memaklumkan yang akan membuka satu meja jualan beberapa peralatan radio amatur seperti beacon, antena dan buku semasa hari tersebut. Jadi datanglah beramai-ramai memeriahkan suasana. Kehadiran tuan-tuan amat kami tunggu.
(Cerita bukan hal radio)
Saya masih tidak mempunyai masa yang banyak untuk menyiapkan beberapa tempahan dari warga radio amatur yang berminat dengan 10m band Yagi 3 elemen. Kenaikan harga logam dan ruang rumah banyak mempengaruhi 'line production' saya hehehe..
1 Bulan lepas, saya sempat menghadiri perkahwinan bekas teman serumah dalam keadaan kaki bersimen Plaster Of Paris. Selang 3 minggu kemudian seorang lagi juga melangsungkan perkahwinan, dan yang terakhir seorang lagi sabtu lepas. Kami dari 11 warga serumah semasa di PUO Ipoh hinggakan sama-sama berpindah ke Ibu Kota. Hampir 11 tahun tinggal bersama. Kini hanya 2 sahaja yang tinggal. Oh..
Semasa perkahwinan rakan saya yang agak popular dipanggil Comel, memang meriah. Selesai majlis tersebut saya menumpang Hafiz bersama isterinya (yang kemudian saya dimaklumkan bersalin selepas itu) pulang ke rumah. Comel dan Hafiz adalah nostalgia saya kerana merekalah yang datang berjumpa saya di cafeteria asrama PUO. Ketika itu saya dalam keadaan basah kuyup selepas latihan Ragbi. Mereka mempelawa saya menyertai tinggal bersama di luar Asrama. Saya menerima dengan hati terbuka.
Tak sangka... disaat berakhir ikatan serumah kami, mereka berdua juga yang terakhir juga saya jumpa. Hidup ni banyak kenangan... apabila mengingati semua ini banyak yang nostalgia.. rumah yang mempunyai antena bersimpang siur di Pekan Razaki (yang kemudian saya dimaklumkan milik 9M2SB), Kenangan berlari-lari ke Kuliah di dalam kampus PUO (Setiap pagi bila kelas En. Khalid), menumpang basikal lecturer ke kuliah (Pn. Tan Ee Chin), Setiap kali mengimbas kenangan di Ipoh pasti cahaya kekuningan di petang hari muncul dan banyak lagi.
Itu belum lagi kalau teringatkan suka duka hidup di Ibu Kota, tinggal di bawah jejantas stesyen LRT, menjaja berus gigi di pasar malam (yang aku jual RM1 sebatang), part time jaga parking di Batu 3 Speedway, dan menyelusuri onak duri dan sepak terajang radio amatur di malaysia... tak sangka aku masih lagi survive hingga kini.. Oh!!
Mungkin ada yang terbaca di satu lagi blog.. hujung tahun ini mungkin saya seorang sahaja yang tinggal. Mmm.. minggu depan saya harus ke Jakarta kembali nampaknya. ;)
*Tiada dalam gambar ialah Mizan dan Zack (yang mengambil gambar)
Hidup harus diteruskan demi sesuap nasi yang dah naik harganya (kafeteria bawah caj aku rm1.80 untuk nasi kosong saja)...... Hahahaah..
73!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan