Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Banyak draf posting dalanm blog ini yang belum dipaparkan.... mungkin saya hanya sempat menulis sedikit jika berkesempatan. 2 minggu ini kesihatan saya agak tidak menguntungkan saya ungtuk bergerak jauh.
Ok berbalik pada tajuk di atas, kini terdapat banyak Kit-kit elektronik khususnya pemancar yang anda boleh bina sendiri. Cuba buka Lazada.com.my dan buat carian kit-kit elektronik anda akan terjumpa banyak projek DIY pemancar radio yang murah-murah. Terdapat pemancar 7.023Mhz CW dari chinna yang lengkap cuma di bawah RM50!. Juga terdapat beberapa kit HF transcever yang juga dalam bajet seperti KN7A (http://www.crkits.com/) , atau jenis QRP seperti X-108G (banyak variasi) dan yang lebih premium seperti Elecraft (http://www.elecraft.com/).
Pada Konvensyen Radio Amatur tahun 2013 kalau tidak silap saya, Abang mansor ada membawa projek DIY HF transceiver yang dibinanya.. sangat kemas. Radio ini ada juga dijual dalam bentuk kits dengan nama M1 Mini Kits dari Australia (http://www.minikits.com.au/m1-transceiver.htm).
Pemandangan dalam radio abang mansor ini.
Abang Mansor
Pemandangan depan
Beliau menggunakan loop sebagai antena semasa pameran.
Siap dipasang..
Ok.. kalau saya ada masa dan peluang Insyallah saya juga akan membina radio yang sama hahaha.. tapi memandangkan anak saya masih kecil dan bahaya timah hitam pada kanak-kanak, saya tangguhkan dulu kerja-kerja soldering.
73!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan