Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ada khabar angin mengatakan terdapat usaha mengemukakan permohonan repeater 50mhz atau 6M ke SKMM. Degan peralihan freq broadcast TV di band 2 ke spektrum 600mhz ke atas kerana bandwidth lebih besar bagi mode Digital Video Broadcast Terresterial. Kekosongan ini memang menjadi perhatian khususnya syarikat-syarikat kormersil dan tentera. Untuk makluman amateur radio di malaysia, dari perbincangan dengan Zanirul 9M2PRO, 6M di sini bukanlah privillage, kerana peruntukkan spektrum 6m adalah secondary dan terdedah pada perkongsian dengan perkhidmatan yang lain. Kes yang sama pada 72cm, 433Mhz walaupun berada dalam freq amatur tetapi ianya merupakan freq yang kerap dipilih oleh peranti bukan amatur seperti Arduinio, wireless remote, Drone, telemteri sainstifik, projek pendidikan universiti dan banyak lagi.Manakala di Thailand, 6m di haramkan sepenuhnya untuk ham radio di sana kerana ianya digunakan oleh anggota keselamatan negara itu.
Ketika projek membina repeater mares tahun lepas kami sempat menganalisa apakah keberkesanan repeater ini jika diletakkan di Gunung Ulu Kali dengan penggunakan program mapping di Internet. Boleh tahan bagus liputannya berbanding 145mhz. Jarak jangkauan lebih jauh. walaubagaimanapun freq ini tidak mempunyai kadar penembusan yang baik baik bagi 'town area' dan mudah terdedah pada interferens. Sayugia diingatkan jika di 72cm, offset repeater yang kerap digunakan adalah 5Mhz, di 2M 600khz dan di 6M pula 500khz (juga 1Mhz) merupakan sesuatu yang sangat getir pada duplexer/filter.Sukar untuk membina duplexer sebegini lagi-lagi offset yang terlalu kecil.
Apapun layan dulu mapping yang pernah kami buat dulu.. Diharap ada usaha dari beberapa organisasi seperti REAKSI dan Marts yang ke arah menggunakan spektrum ini. Jika tidak ianya pasti terlepas pada kormersil.
Cubaan mapping coverage 50mhz repeater... boleh tahan!
Lembah Klang, selatan Perak dan Manjung. Manakala utara Negeri Sembilan pun ada liputan
Kuala Pilah memang banyak blindspot.
Kawasan berbukit bukau di Sungkai memang tak menguntungkan.
Semoga repeater 6m sukses.. 73!