Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Tak banyak yang sempat saya dapat kemaskinikan blog usang ini hahaha.. dengan sedikit jualan hasil kerja tangan yang saya mampu lakukan mengambil banyak ruang saya untuk bercerita apa aktiviti terkini. Kelmarin cikgu Azlan 9M2AGC mengajak saya ke Sim Lim Tower hujung minggu ini tapi kebetulan saya berada di Kuala Lumpur seminggu untuk menghabiskan cuti tahunan, Mohon maaf cikgu Azlan atas tidak bersama-sama anda.
Di Pantai Timur juga sekarang sedang mengalami bah.. agak menakutkan banjir yang sedang melanda, harap-harap musibah ini cepat berakhir. Mares (http://www.mares.org.my) melalui jawatankuasa kecemasan nya sudah mula membuka kaunter sukarelawan radio amatur bagi digerakkan ke kawasan bencana sekiranya diminta oleh Majlis Keselamatan Negara.
Saya tiada apa yang nak dicoretkkan. Hanya gambar-gambar aktiviti saya beberapa bulan ini yang mungkin mampu bercerita...
Antara eksperimen coil LC yang sempat saya lakukan. Nyaris masa nak mendapatkan komponen trap LC yang dibina ini saya membeli capacitor High Voltage di mudah.my yang agak murah. Bila dikira balik nilai yang diperlukan dan hint yang diberikan oleh cikgu azlan memang rugi beli. Akhirnya saya hanya menggunakan teknik 'air gap' untuk mendapatkan value kapasitor dengan 2 paip aluminium yang berlainan saiz di gandingkan. Jimat!
Sambil tu sempat saya habiskan stok alluminium sediada untuk buatkan magnetic loop milik Fadhil 9W2WF. Kebetulan beliau mempunyai 1 variable kapasitor yang saya belikan untuk beliau semasa di jepun tempohari.
Saya menggunakan pengiraan dari web ini yang cukup bagus bagi yang baru mencuba membinanya. Dari keseluruhan saiz loop yang diperolehi, bahagi dengan 5 bagi mendapatkan saiz faraday loop (jika menggunakan teknik faraday).
Bacaan SWR yang cukup bagus.
1.16... ok la ni.. kita tengok lagi resonan kat freq mana. Tapi jangan lupa, ada self resonan bagi freq yang lain.. Antenna ini mungkin efektif cuma 1 atau 2 freq sahaja.. dan terlalu narrow (High Q).
Ya.. sangat Narrow....
Test di freq lain... 14mhz pulak..
Boleh la...
21Mhz dah larik sikit.. tak dapat
Antenna yang telah siap di pasang dan sedia dipasang diatas bumbung kereta bagi yang ada basikal carrier.
Tapi bukan menegak.. mendatar dengan diikat pada bike carrier di atas bumbung. Gambaran macam gambar di atas.
Sambung balik eksperimen trap LC untuk dipole... mencabar...
Osiloskop orang miskin... tapi berjasa...
Sambil tu ada tempahan peta yang kena pos.
Saya juga sempat melakukan tugasan di sebuah kilang yang mengeluarkan produk radio amatur di kawasan Tampoi Johor Bahru. Walaubagaimanapun gambar yang lain-lain tak dapat share hehehehhe... telan ayaq liuq saja tengok pasal saya memang tak mampu memilikinya huhuhuhu..
Antara produk yang dikeluarkan...
Model ini menggantikan model TS570. Jika perasan agak tergesa-gesa model TS570 digantikan. Kenapa ya? khabarnya ada banyak masalah seperti freq drift dan stabilitinya.
Model panas... masuk dalam production line baru la nampak model ni.. memang nak nangis jap pasal saya cuma mampu miliki IC718 ajer.. 2.5 kali ganda weh harganya dari IC718. lagi2 SGD sekarang dah naik...
Kawasan lobi kilang.
Antara model-model...
handie talkie dia memang ganas...
Balik rumah sambung lagi 1 set loop untuk sahabat jauh.
Sambil tu menyelit jugak buat coil untuk trap dipole.. Macam spring absorber Honda Fame la pulak..
Untuk 1 set rotary dipole boleh ni.. susah gak nak tune trap ni supaya tak bekerja kat freq yang akan digunakan. Kalau tak rugi la.. power keluar sebagai haba..
Dah masuk dalam casing macam ni la nanti...
Hobi lain pun tak tinggal gak.. nak cari steno..
Mak oii..
2100Mhz jangan dilupa.. disitulah punca data ku..
Set TIG yang juga kena ganti sebelum GST mula. Dah mula survey..
Manakala malam-malam begini lah saya. Ada ajer orang nak minta buat sesuatu. Memang tak dinafikan banyak barang-barang elektronik yang dah mula naik harga, Kadang-kadang nak letak harga barang yang siap dibuat pun tak sampai hati. Gambar di atas saya hanyak menggunakan lampu kalimantan sebagai sumber UV saya bagi pembuatan PCB.
Kingston Positive board. Lulu pack spray.. sekarang pack ni ajar la cepat.
Dulu cuci filem nak prepare larutan alkali memang menyampah... paket datang dalam bentuk macam garam. Kena bancuh ikut sukatan.. sekarang dah ada cecair dalam botol.. pakai dan buang. (saya recycle selagi mampu hehehehe...).
Seperti biasa.. dedah 10 minit.
Dulu saya guna kaca sahaja untuk pegang antara filem yang siap dengan PCB.. sekarang pakai plastik poly apa ntah yang transparent.. klip kasik rata supaya melekat rata.
Tadaaa.. dah siap developt. Teringat zaman prepare benda ni dalam bilik gelap..... itu zaman cuci filem sendiri dulu. Yang ini tak perlu bilik gelap sebab slow respon pada cahaya.
Dah siap etching...
Siap pasang komponen dan solder...
Dah siap satu interface android ke radio...
Ini adalah part paling kritikal. Jack ni biasanya digunakan bagi audio dan video, tapi saiz nya mesti tepat. Banyak dipasaran adalah tidak mengikut spec terutama chinna mari punya.
Yeah... Turn Your Smartphone into Digital Communication Terminal. Ada artikelnya dalam majalah QST.
Siap di label.
Sedia untuk beraksi!
Di Johor bahru connector PL259 agak mahal.. Instraco juga murah.. RM3 ajer wehh..
Ni bebudak beginner ham radio bank cari.. RM4 ajar satu. Ada kedai jual RM15 wehh... hanya di Jalan Pasar huhuhu...
Ok, ada yang bertanya apa alat yang saya guna untuk buat polygon loop antenna ni.. saya gunakan tub bender (Conduit Bender) yang biasanya plumber gunakan. Kebetulan saya ada seorang sahabat yang memang menggunakan bender ini untuk kerja-kerja baikpulih boiler... pinjam sat. Next week saya akan pulangkan dan mungkin ini adalah loop yang terakhir saya buat.
Dah siap 2 loop terakhir... terima kasih bender. Masa untuk pulangkan pada pemiliknya.
Next projek ialah Metal Detector. sedikit ulasan tentang hobi metal detector, sebenarnya jika anda perasan dan pernah survey metal detector di pasaran, Harganya memang agak melampau dan tidak logik. Ada yang berharga RM1k seunit dan ada yang mencecah RM3K.
Walaubagaimanapun terdapat jenama-jenama Chinna yang agak murah serendah RM350. Bagi saya jangan letakkan sesuatu metal detector tu pada harga mahupun jenama tetapi sebenarnya ialah skill individu dalam menganalisa respon metal detector anda.
Yup.. saya tidak berapa meminati hobi metal detector tetapi kebetulan konsep metal detector ini mirip pada konsep tranceiver radio. Tidak kira samada ianya jenis Pulse Induction, VLF, IB mahupun lain2... konsep TX dan RX pada satu antenna.
Litar diatas ialah satu litar metal detector double sided.... bapak susah nak adjust double sided ni. Nasib baik semasa saya di kolej dulu ada seorang sahabat yang juga ham radio iaitu 9W2HE yang mahir dalam double sided PCB berikan teknik menebuk dulu lubang bagi buat adjustment.
Proses nak dapatkan bahan coil ni agak renyah, Pertama Coil yang akan dibina agak kabur berapa panjang nak pakai bagi nilai yang nak. Pastu nak adjust value uH samada nak tambah lilitan coil atau kurangkan.. kedua, kebanyakkan kedai winding transformer enggan menjual enamel copper wire kerana nak pastikan panjang wire dalam roll tak diganggu dan agak rugi menjual kerana ianya dijual dalam KG. nak beli satu roll dah la 20kg ke atas walhal pakainya sikit ajer.
Hasil pertanyaan pada 9M2RS dan 9W2WF, dapat la idea macam mana nak beli dalam kuantiti yang sedikit... kebetulan RS Component dan 14Element (Farnell) ada jual dalam kuantiti kurang 1kg dan 100m tak kurang. Kalau ikut gambar di atas depa jual RM1.50 semeter, memang ok cuma macam sayang la pulak bila wire ni bengkang bengkok di gulung balik. Pastu nak winding balik pada jig coil dah larik2.. mmmmm
Ok, berbalik pada PCB metal detector...
Double sided dan ngam2 lubangnya.
semak balik drawing... memang ada nilai yang kena ubah nampaknya.
Yes... sama. Silk Screen pulak kedudukan component nya. Bajet dah mula larik. kena hold dulu projek metal detector huhuhuhu... Saya dah survey suplier metal detector di KL, Nusantara apa ntah.. memang mahal. Di JB mahupun di Sim Lim pun harganya agak ganas mahal... Masa di Sydney pun sama mahal.. Ribu2 gak kecuali Garret AT150, Sama juga di Stugart German mahal.. Di Osaka pun ada tapi brand OKM agak meragukan uhuuhu, Kellyco US pulak banyak peel nak pos barang ke Malaysia... yang Chinna tolak tepi la.
Kira-kira balik, kos homebrew cuma RM300 ajer... baik buat sendiri. Jangan lupa ada juga kaki-kaki homebrew yang mengkormersilkan metal detector seperti azrai, produkkreatif dan jauharieng.. boleh dapatkan kan dari mereka. Seperti yang saya bilang.. bukan metal detector yang mainkan peranan tapi skill individu dalam hobi metal detector. Khabarnya 9M2ESM pun otai dalam bidang ni huhuhuhu..
Eh lupa, ini kan blog radio amatur huhuh.. ok kita tinggalkan bab ni..
Ok, dah hampir siap 2 antenna untuk sahabat kita.
Terima kasih Pluslinear atas penghantaran. Satu milik 9W2FD dan satu lagi 9M2SQL. Variable Kapasitor tak termasuk hehehehe..
Terjumpa plak kat mudah.my tube bender 7/8" cuma RM70.. ambik! untuk bending antenna akan datang atau bend metal detector punya batang. Made in UK. Bila sampai kat kedai di seri kembangan rupanya tokei kedai terperasan silap iklan. Harga dia RM180... nasib baik ada screen shoot gambar kat mudah.my sekali dengan harga. last-last dia bagi gak harga iklan.. :)
Ok, jam dah pukul 4 pagi. Esok ada tugasan lagi. Apapun tahun 2014 dah nak berakhir, Mudah-mudahan tahun 2015 Insyallah lebih sukses. Dan sebelum berakhir tahun 2014 ni, nak ambik kesempatan nak mohon kemaafan jika ada salah dan silap pada semua pembaca blog ini. Hobi radio amatur ni sebaik-baiknya adalah wadah kita enjoy serta pemangkin pada hobi-hobi yang lain. Bagi saya jika tiada hobi radio amatur, saya mungkin tak memegang soldering iron mahupun keluar dari kepompong melihat dunia luar. Begitu juga anda, yang meminati hobi 4WD, Kemasyarakatan mahupun homebrewing.
Dan terima kasih pada 9M2RS Haji Rashid yang banyak membantu saya dari segi DANA dalam hobi saya tahun ini.
Selamat tahun 2015! Semoga kita lebih maju jaya Insyallah!!
Jurukaka
Putrajaya