Anda adalah tetamu ke blog ini.

Isnin, 21 Disember 2020

Balun 1:4 Homebrew untuk projek Superloop 80

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Minggu lepas saya ada masa untuk homebrew sekali lagi. kali ini perancangan saya ingin mencuba SuperLoop 80 antena. Salah satu komponen dalam antena ini ialah ladder line (saya ada stok) dan menggunakan balun 1:4. Bila masuk bab balun, ini yang lemah sikit hahahaha..

Tak banyak balun yang masih berfungsi baik dalam stok saya. Ah, beli saja.. bila buka shopee atau Lazada, rata-rata harga ialah RM70. Terasa rugi kalau beli sebab boleh saja buat sendiri. Tambah pula saya ragu-ragu samada yang dijual online dari chinna menggunakan 1 coil atau 2 coil.

Carian saya di internet menemukan banyak design. Walaubagaimanapun Guanella Balun dengan kaedah 2 Coil adalah lebih baik. Jika berminat boleh mencuba download di https://www.korpi.biz/balun%201%20to%204%20dual.pdf yang mempunyai detail lebih baik. Rata-rata rekabentuk di online menggunakan single ferrite atau single core yang tidak tepat. Untuk gambaran jelas cara winding boleh rujuk di http://www.m0pzt.com/blog/4to1-current-balun/ 

Setelah mendapatkan barang-barang dan harga, dapat saya ringkaskan disini iaitu kos membina balun adalah sangat-sangat murah sebenarnya.

1) Casing x1 = RM3 (Jalan Pasar)

2) Connector SO239 x1 = RM3 (Jalan Pasar)

3) O Ring Screw x3 = RM9 (Ace Hardware)

4) Ferrite Ring x2 = RM8

5) Copper Wire 110cm x4 = (Recycle amp lama)

6) Cable ties x4 = (Stok lama banyak)

7) Terminal Screw x2 = RM7

TOTAL RM30

Okla RM30 sahaja.... masa nak buat pun tak sampai 2 jam. Dah siap. Cuma belum uji sebab dok cari resistor 200 ohm tak jumpa pulak kotak resistor kat mana simpan. 


Ini rupanya dah siap. O Ring Screw yang panjang ini digunakan untuk menyokong wayar antena supaya tidak memberi tegangan pada wire ke terminal. Di Ace Hardware, yang pendek dah habis jadi terpaksa guna yang panjang.


Gambar dalaman


Sedia untuk solder


Ikat dengan cable ties. Perhatikan ada satu pelapik yang membahagikan antara dua coil.


Ikat cable ties


Bahan mentah


Ferrite Ring yang ini ajer di Jalan Pasar. Kita beli la.. masih boleh pakai.


Masa nak ukur dan alignment coil.


Ace Hardware masih lagi banyak barang-barang yang susah dapat ada terjual disini.


Ada yang tertanya tentang superloop Antenna? versi kormersil adalah seperti di atas.


Jika anda ingin membinanya sendiri, ukurannya adalah seperti di atas.

Itu saja dari saya. Harap-harap antena ini dapat diuji semasa cuti krismas minggu hadapan.

Hingga jumpa lagi! 73!




Related Posts with Thumbnails