Anda adalah tetamu ke blog ini.

Khamis, 26 November 2020

Kabel ladder 450 Ohm dan antenna untuk kaki travel & SOTA



Assalamualikum dan salam sejahtera.

Beberapa bulan lepas semasa eyeball dengan sahabat-sahabat radio ada yang bertanyakan dimana mahu mencari kabel ladder line 450 Ohm untuk projek antenna homebrew. saya baru teringat yang bereapa tahun lepas saya pernah membeli kabel ini dari US.

Semasa trip Europe Hamfest, pernah terlintas nak beli satu roll kabel ini yang dijual secara drum. Agak murah. Tetapi apabila terpandang antenna G5RV dan ZS6BKW yang telah siap dibuat yang lebih murah, saya merasakan lebih baik beli yang dah siap lagi-lagi selepas event, kami masih lagi bagpacking untuk tour europe. Satu masalah nak pikul drum kabel ini.

Apabila dah kembali ke Malaysia, terfikir pulak yang kabel ini agak sukar untuk diperolehi. Hatta di Tokyo Hamfest dan di Indonesia sendiri tiada dijual kabel ini. Terdapat banyak penjual kabel ini secara online rata-ratanya di Ebay, Amazon mahupun di Website dari US. Kos pos dari US sangatlah mahal. Kurang sedikit 1 kali lipat dengan harga barang yang akan dibeli. Davis RF antara penjual yang boleh dikira murah menjual kabel ini. Malangnya mereka tidak melayani penghantaran pos ke Malaysia. Mujur Wireman US masih lagi boleh menghantar ke sini. Tetapi bezanya USD0.10 bagi setiap kaki. Oh ya, US menggunakan sistem per kaki kalau menjual kabel.

Setelah bertanyakan ada berapa ramai yang nak beli, saya beranikan diri mendahulukan beli kabel ini. Not bad juga la, 3 minggu barulah kabel ini sampai ke Malaysia. Congak-congak saya hanya akan pakai 22meter sahaja dan baki nya akan dibeli oleh sahabat-sahabat lain, kira lepas la bajet.. tak untung pun tak apa janji sampai hahahha...

Malangnya 1 bulan jugak la sangkut di Kastam KLIA huhuhuhu...


Sekali sampai ke Malaysia, kena Tax 30% + 10% SST. Adusss... Mujur Hassan 9W2CCW dah ingatkan balik kadar cukai.


Kita redha, untuk kebaikan kawan-kawan yang memerlukan.


Dah siap ambil di Pos Cawangan Puchong.


Ya, saya memilih 450 Ohm spesifikasi 553 berbanding 551 sebab lebih elastik dan mempunyai Stranded Wire. Lebih tahan lama jika bergantung di luar rumah dengan cuaca yang pelbagai. Juga sebab mungkin akan digunakan di field day, buka gulung dan gulung simpan berulang kali.


Lebih 23mm.. Ok


1000 kaki per roll

Jika mahu membina G5RV Junior (40m hingga 10m), 4.77 meter diperlukan. 


Kalau full G5RV (80m ke 10m), 10.36meter diperlukan.


Nak beli benda ni agak mahal kalau kira pos, kita buat sendiri ajer la. Connector SO239 ke ladder line 450 ohm dan Bracket T untuk sabungan ke wire antenna.



Projek paling simple, Ladder Line Slim Jim, bekerja cantik ada 144-148Mhz dan kalau bernasib baik boleh cover 435Mhz.


Kini setelah G5RV sekian lama digunakan, terdapat satu lagi antena yang membetulkan antena ini dengan memberi resonan lebih baik pada freq yang kerap digunakan tanpa memerlukan bantuan tuner. ZS6KBW (160m ke 10m), memerlukan 24.4 meter ladder line.


Bagi yang cover 80m hingga 10m (nasib baik dapat la sikit 6m) menggunakan 12.2meter ladder line.


Satu lagi versi popular ZS6BKW yang dibetulkan ukurannya untuk bekerja baik di band 80m hingga 10m.


Kabel ladder line mula potong dan diagihkan pada rakan-rakan yang order.


Lebihan terakhir saya rasa sayang tak tahu nak buat apa. Kebetulan panjangnya 1.7 meter, ok jugak kalau buat slim jim 2M.


Kabel RG58 ajer yang mampu huhuhuh... 


Hujungnya saya pintal, memang stranded wire. Nak pintal pun susah.


Letak Flux dan kita solder.


Dah siap solder hujung nya.


Bahagian tengah yang memisahkan 


Bahagian pemisah ni kita potong betul-betul. Pastikan ada lebihan insulator masih melekat supaya beri kekuatan struktur. Pemotongan terlalu lebih akan buatkan kabel tak seimbang dan akan memintal apabila disangkut kelak.


Bahagian feeding yang akan solder dengan kabel kita buang sedikit sahaja insulator. Jangan buang habis.


Dalam kes saya, setelah beberapa kali eksperimen sebelum ini, 8.5cm dari bawah merupakan spot terbaik untuk mendapat SWR 1.1 pada freq 146Mhz. Tetapi untuk cover sehingga UHF tidak. Terdapat ukuran lain yang perlu digunapakai untuk cover dual band VHF/UHF. Oleh kerana matlamat pada 144Mhz hingga 148Mhz saya memilih ukuran seperti diagram di akhir artikel ini.


Setelah penyambungan dan titik feed disolder siap-siap dan sedia disambung dengan kabel.


Ukur balik.. ya 8.5cm


Solder ke kabel. 


Kali ini saya menggunakan ferrite untuk 'choke' RF dari menjadikan kabel sebahagian dari antenna.


Fuh.. ngam-ngam!


Masa untuk balut.


Siap dipasang heat shrinkable atau sumitube.


Kabel ditebuk untuk pesangan cable ties supaya kabel RG58 kuat memegang pada ladder line. Jika tidak ketika digantung akan terlucut dan penyambungan solder juga terputus.


Hasil kerja amatur...


Siap tarik cable ties.


Dah siap


Ambil ukuran untuk dokumentasi.


Bahagian ini kita juga balut untuk lebih kukuh dan elakkan air masuk.


Cantik. Saiz 20mm punya sumitube.


Bahagian yang memisahkan folded pun kita letak sumitube. Pastikan sumitube ini tidak terlalu mengecut supaya jarak antara gap elemen menjadi kecil.


Untuk bahagian penjuru ini pula jangan biarkan terdedah. Air akan masuk dan oksidakan tembaga.


Gunakan sumitube dan panaskan. Dalam pada masa sama ketika panas lipat dan tekan supaya leper dan melekat baik.


Dan inilah hasilnya.


Masa untuk uji dan ukur SWR.


Pada freq paling atas yang mampu, Antenna ini Resonan pada 535Mhz


Pada Freq bawah sikit, CB UHF (Tahun ni ajer last sebelum SKMM jual freq ni) 477Mhz cun SWR bawah 3 pada 50 ohm.


Freq amatur sedih sikit. Mungkin fine tuning pada 8.5cm ke 8.1cm akan membantu untuk cover 435Mhz, SWR bawah 3


145Mhz cemerlang


145.500Mhz cemerlang


146Mhz sangat cemerlang.


Paling atas 148Mhz naik sikit tapi cun.


Paling bawah 144mhz ok.


Ini ialah ukuran yang saya dapati dari eksperimen pada tahun 2006 dan masih relevan untuk 146Mhz. Kerana ianya agak lebar 144Mhz ke 148Mhz memangnya saya lebih suka ukuran ini kerana dapat fokus baik pada VHF sahaja dan setelah buka gulung banyak kali masih lagi stabil. Jika anda mempunyai ukuran yang lain yang dapay cover 2M dan 70Cm, perhatikan lengkokkan antena ini jika tidak direntang dengan baik akan memberi bacaan yang pelbagai pada freq UHF.


Yang ini saya ambil gambar dari laman VK1NAM.


Yang ini yang saya baru saja buat.


Ok itu saja projek saya ketika ini. Insyallah mungkin minggu depan buat ZS6BKW pulak. Apapun saya dah serik untuk order kabel ini lagi.. dari 1000 kaki tak sampai 20% yang ambil. Rugi sebab campur itu ini kosnya saja dah RM4K. Nak balik modal nampaknya terpaksa lah memikirkan macam mana nak buat dengan kabel ini.

Hingga jumpa lagi!

73!

 * Pengiraan boleh rujuk pada laman https://m0ukd.com/calculators/slim-jim-and-j-pole-calculator/

Related Posts with Thumbnails