Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Nampaknya ada sahabat kita yang akan ke Festival Radio Amatur pada bulan 8 nanti. Semoga dipermudahkan dan selamat enjoy mencari gadget-gadget elektronik radio amatur nanti!
Memandangkan ada yang bertanyakan tentang tips mencari kedai radio amatur dan kedai menjual kit projek arduino/rassberry etc, saya kongsikan pelan panduan mencari barang-barang ini.Alang-alang berada di jepun, apa kata lajak di beberapa bandar dan 7 hari di sana... boleh jalan-jalan sekali.
Saya akan fokus pada 2 bandar ini memandangkan syurga elektronik adalah banyak di 2 bandar ini iaitu Denden Town / Nipponbashi di Osaka dan Akihabara di Tokyo. Manakala bandar yang lain tidak berapa tertumpu pada satu-satu lokasi seperti 2 ini.
Jika anda tertanya-tanya, samada harus membeli di bandar-bandar ini atau beli sahaja ketika Tokyo Hamfest? jawapan saya ialah usah menanti harga murah kerana orang jepun tidak sukakan tawar menawar. Harga yang akan ditawarkan bagi produk baru adalah sama seperti di hamfest cuma kebarangkalian ada diskaun sedikit saja semasa di festival kecuali barangan homebrew atau 2nd hand.
Nipponbashi OSAKA
Sekiranya anda memilih untuk menginap di hotel sekitar stesen JR Shin Imamiya, saya menggalakkan anda memilih hotel disekitarnya stesen ini. Sebab ianya murah dan berdekatan dengan osaka tower. hanya berjalan kaki 5 minit anda akan sampai di pusat membeli belah cenderahati yang murah berbanding di Tokyo.
Osaka Tower
Antara cenderahati yang dijual. Jika terdapat dalam
Ok, misi seterusnya ialah ke kawasan Denden Town. Tempat ini sebenarnya hanyalah sebaris dengan jalan hotel dan ia juga adalah sebaris dengan laluan tren bawah tanah Sakaisuji Line. Anda boleh memilih dengan berjalan kaki, menyewa basikal ataupun menaiki tren swasta (bukan JR) dalam JPY180. Stesen tren ini betul-betu depan pintu hotel sahaja jika anda memilih sekitar hotel Taiyo. 2 stop dan exit di stesen Ebisucho exit 1B.
Keluar sahaja subway, anda akan melihat jalan sepeti gambar di atas dengan deretan kedai gadget.
Kami memilih untuk mengayuh basikal sahaja. Boleh sewa dari pihak hotel.
Lokasi No, 5.. kedai jual valve... syurga!
Perhatikan motosikal ini sebagai petunjuk
Wahhhhhh.... banyak valve.
Satu lagi kedai bertanda 5 merupakan kedai menjual barangan radio dan kit-kit arduino/rasberry etc. dibelakang kedai ini terdapat beberapa kedai menjual komponen elektronik Kyoritsu. Banyak peralatan elektronik yang boleh anda temui.Juga bertanda 4 adalah cawangan-cawangan nya.
Antara cawangan Kyoritsu... gambar di atas ialah cawangan bertanda 7. Cawangan ini setinggi 7 tingkat dan anda takkan perasan ada banyak gadget sehinggalah anda naik eskalator. No. 7 merupakan koleksi kedai Arduino/Rasberry terbesar di Osaka dan mungkin Jepun.
Antara koleksi CW key yang ada.. simpleks.. duplex.. bengali etc...
Kedai menjual barangan radio 2nd hand sepeti radio HF, radio tentera dan banyak lagi. Bertanda 6, sedikit terpencil di belakang bangunan tetapi mempunyai landmark antenna CP6 Diamond.
Kedai pertama anda anan berjumpa, jika anda memilih untuk menaiki tren dan keluar di exit 1B.
http://www.nichiei-musen.co.jp/english/ Kedai ini merupakan syurga bagi ham radio dan flight simulator. Peralatan SDR juga ada dijual selain dari Aircraft Receiver. Bertanda 1 di peta di atas.
Perhatikan tanda ini pada kedai ini sebagai petunjuk. Dibelakang kedai ini terdapat deretan kedai menjual barangan pertukangan seperti gergaji dan lain-lain.. dan juga lorong-lorong kecil menjual barangan karat dan 2nd hand seperti pasar karat Ipoh.
Jangan lupa naik ke tingkat atas kedai ini kerana terdapat pelbagai peralatan SWL dan kaki flight simulator.. last pergi ada dijual radar24 kit.
Basikal merupakan pilihan kami pada trip yang lepas. Boleh parking di mana-mana dean takkan hilang... kunci ajer hehhehe..
Pasar Kurumon merupakan pilihan kami merasai tiram panggang yang manis... lihat peta bertanda 8.
Dimasak segar dan enak.. di atas api kayu arang yang perlahan..
Terdapat satu lagi kedai yang agak popular iaitu di belakang peta bertanda 4.
Akihabara TOKYO
Memandangkan Akihabara banyak kedai elektronik dah tidak lagi aktif, terdapat 2 lokasi yang berkaitan hobi elektronik iaitu plaza betul-betul bila anda keluar dari stesen Akihabara dan satu lagi di seberang jalan besar di depannya.
Perhatikan papan tanda keluar dari stesen Akihabara
Peta rujukan anda
Keluar sahaja dari stesen akihabara, bangunan ini bersambung dengan stesen akihabara merupakan satu plaza elektronik. pusing-pusing di dalamnya dan tingkat atas juga. Dalam peta di tanda sebagai 1.
Kedai sebegini agak mahal harganya tetapi jika bernasib baik ada yang murah.
Naik tingkat atas ya... jangan lupa sebab di atas inilah tempat barang-barang 2nd hand radio etc dijual... ada item seperti Mizuho yang menjadi dambaan ham radio suatu ketika dulu.
Gambar-gambar sekitar kedai di atas ada di link
http://jurukaka.blogspot.my/2014/08/tokyo-ham-festival-2014-osaka-tokyo.html
Selepas itu anda harus menyeberang ke jalan seberang dan sebenarnya di atas anda adalah laluan keretapi. kita akan ke Roketto. Pilih laluan keretapi di sebelah kanan... lorong yang seiring dengan jalan keretapi di atas tetapi anda di kanan.
Perhatikan kanan gambar ini di atas ialah laluan keretapi. Lintas dan ambil side kiri lorong mengikuti jalan keretapi ini.
Selesai melintas, perhatikan kedai-kedai di kanan anda dan ada lorong masuk ke kedai-kedai ini. Lihat peta bertanda 2. Ini ialah Japan Radio Plaza dimana pusat homebrew elektronik. Terdapat escalator di dalam bangunan ini yang mengandungi banyak komponen-komponen elektronik, batu ladung, valve dan casing ham projek.
Keluar sahaja dari Plaza ini, kita ke arah bertanda 4 iaitu roketto, kedai radio amatur terbesar di akihabara dan nippon.
http://www.rocket-co.jp
Antara barangan yang boleh di uji dan test!!
Kedai seterusnya ialah Fuji Musen. Lihat peta bertanda 3 (saya rasa pada huruf 2 kot). Kedai betul-betul di simpang. Merupakan kedai yang fasih berbahasa English dan banyak melayani permintaan ham dari malaysia.
http://www.fujimusen.com/
Betul-betul di depan kedai fujimusen ini merupakan barisan kedai menjual kit-kit rasberry/ arduino...
Rasanya cukup buat tips bagi mereka yang ingin ke sana pada bulan Ogos nanti... di harap anda berjaya menemui barangan yang anda cari. Kos ke Jepun tidaklah mahal... tetapi peluang merasai sendiri ham radio festival pasti anda akan kenang sampai bila-bila ;)...
Osu Kannon, Nagoya
Osi Kannon tidak kurang hebatnya, malangnya saya kehilangan gambar dalam koleksi gambar yang boleh saya kongsikan. Tips bagi mereka yang nak mencari kedai ini ialah di Osu Konnan, lorong Akamon Dori yang bersilang dengan lorong Shin Tenchi Dori terdapat kedai elektronik, ada kedai menjual radio dan komponen. Satu lagi ialah dalam bangunan di lorong Shin Tenchi Dori terdapat beberapa lagi kedai. Di sinilah 'jalan pasar' bagi ham radio Nagoya.Pastikan anda alert kedai menjual komponen elektronik, di dalam bangunan ini ada banyak kedai-kedai komponen elektronik anda akan bertemu dengan kedai radio.
Shin Tenchi Dori Area
Di Nagoya, anda boleh ke Osu Kannon yang merupakan pusat tarikan Nagoya, tak jauh dari Stesen Nagoya Central hanya 1 stesen sahaja. Perhatikan No 1 ialah kawasan Flea market disekitar kuil Kannon manakala bulatan bertanda 2 ialah kawasan tumpuan kedai komponen elektronik dan radio.
Satu lagi blok belakangnya pun agak besar...
Kedai Radio Nagoya seperti
http://www.bonton-nagoya.com/
P/S: Flea Market di Hamfest nanti pasti membuatkan jiwa anda meracau-racau kerana barang rare yang tiada di malaysia dan murah gilerrrr....
73!!
Bagi yang belum membaca artikel trip saya yang lepas boleh baca di pautan di bawah :
http://jurukaka.blogspot.my/2015/08/misi-mencari-kedai-radio-di-osaka.html
http://jurukaka.blogspot.my/2014/08/tokyo-ham-festival-2014-kuala-lumpur.html
http://jurukaka.blogspot.my/2016/10/tokyo-hamfest-2016-yang-mungkin-kali.html