Anda adalah tetamu ke blog ini.

Ahad, 22 Jun 2025

Labuan.. So Far So Good

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tak banyak yang dapat saya coretkkan di Labuan ini.. kehidupan sehari-harian sama saja. Setelah mendapat nasihat dari 9M2YRS akhirnya saya dapat juga menghilangkan bunyi noise yang agak tinggi sehingga menenggelamkan signal stesen semenanjung.

Rupanya arah antena, dipole ZS6BKW terarah ke Jepun. Ini kerana ruang laman hadapan rumah sewa saya di sini agak terhad. Dengan mengubah sedikit ke Utara, walaupun tidak betul-betul ke semenanjung tetapi sipi-sipi isyarat rakan di utara dapat didengar baik. Antara nya 9M2SWI bang wadie dan 9M2GET Cikgu Hairi amat jelas. Antena ditarik sedikit agar menjadi inverted-V. Dapat juga mendengar stesen dari Europe dan asia timur dengan baik.

Langkah seterusnya ialah mula setup FT8. Rasanya saya banyak beroperasi dalam mode ini kerana penetrasi isyarat lebih baik. Gangguan QRN/QRM tidak dapat dinafikan agak teruk disini. Hanya apabila petang-petang saya memasang hammock di luar rumah nun di pantai (rumah saya depan pantai sahaja), nah! tiada gangguan QRN/QRM! Noise hilang dan lebih banyak stesen US/Jepun/Asia Timur masuk bertalu-talu. Ironinya WARC band (10Mhz, 18Mhz dan 24Mhz) kini menjadi kegemaran saya kerana banyak stesen rare berada disini,

Cabaran seterusnya ialah apabila berkendali secara field day di pantai, bekalan kuasa adalah isu yang perlu saya atasi, Rugi pulak tak bawa bateri LifePo4 semasa mula-mula sampai. Nak bawa naik flight tak lepas. Nampaknya kena ke Kota Kinabalu untuk dapatkan 1 hahahhaa...

Tak banyak gambar yang dapat saya kongsikan sepanjang di sini.... 


Makanan laut ada masanya murah. Udang Kara jika rajin boleh ditemui di lubuk depan panta rumah saya. Rasanya biasa saja, udang biasa lebih enak rasanya.


FT8 mode pilihan...


Kebiasaan nelayan hanya membuang begitu saja ikan jika terlalu banyak...


Dan sayalah yang sering rajin mengutipnya. bukan untuk kucing tetapi untuk makan malam sendiri.


Aktiviti biasa setiap petang apabila nelayan di sini menaikkan ikan. Peraih sudah menunggu.


Ikan Tongkol (disini menyebutnya Tuna)


Ketika air surut, terumbu karang boleh dilihat jelas. Depan rumah saya saja ni.


Mujur bukan siput belitung hehhehehe...


Setiap malam saya nampak stesen bosnia ni memanggil CQ....


Radio TS480 ini saya bawa dari Semenanjung. Pertama kali menghidupkannya setelah beli dari seorang ham di Rawang... hanya sempat beberapa minit on sebelum kaput. Nasihat saya, jika anda berminat membeli radio 2nd hand, abaikan jika radio berusia lebih dari 10 tahun kerana kapasitor dan komponennya telah dihujung usia.... Rugi RM1k aduss...


Di Labuan, terdapat satu stesen milik 9M2NA (JE1JKL) Satu Nakamura. Anda boleh membacanya rekod aktivitinya di https://jsfc.org/je1jkl/index.html


Berhadapan dengan tower beliau


Tripod yang diubah menjadi tripod antena 40M yang kerap saya gunakan ketika outdoor di sini.


Antara projek mengurangkan gangguan noise....


Pun tak berjaya daaaa...


Antena loop dah siap!


Jentera utama, variable capasitor


Pantai depan rumah saya. Disinilah setiap petang saya akan keudara, dari sebuah radio QRP dan sebuah mobile whip 40m.


Radio Icom IC-718 usang saya. Sedar-sedar, radio yang saya beli sejak 2004 telah 20 tahun berkhidmat baik. Kecuali finalnya sahaja yang hanya boleh memancar tak lebih 45watt....


Kadang-kadang field day di pantai menjadi mini gathering sahajat sepejabat


Aktiviti selingan... 


Beginilah orang di perantauan


Adakala makan pun sedap heheheh..


Adakala seorang diri.....


Tapi setup sebegini tak mungkin saya akan ada....


Oh, di pulau ni, kalau tak pasang aircond boleh demam wehh..


Petang menanti senja... (background lagu Bunga Maaf)


Motor sewa saya pada mula-mula saya sampai di pulau ini. Aktiviti melihat matahari terbenam menjadi suatu yang saya nantikan... kini dah bosan hehehee..


Layan...


Rumah sewa saya (lepas tu tak jadi)


Lori menghantar barang-barang dari Putrajaya ke Labuan


Baju kenangan program ke Pakistan tahun lepas. Oh ya, tahun lepas saya ada beberapa trip backpacker ke luar negara. Antaranya Pakistan dan Indonesia. Di Indonesia lebih kepada program ride sambil menikmati keindahan negara orang.


Durian di Indonesia tidaklah sesedap di Malaysia. Serius!


Air Burberry ke apa ntah... Ni trip ke Lombok.. dalam mini ke kaki Gunung Rinjani


Sempat bergambar di laluan masuk ke Gunung yang popular dikalangan pendaki Malaysia.


Bersama rakan-rakan ke salah satu spot pantai yang tercantik di Lombok.


Cubalah mengembara di negeri orang dengan bermotosikal, anda pasti merasai suatu kelaianan....


Ni di Surabaya, menghala ke Perlabuhan Tanjung Perak


Macam biasa, dah sampai negara orang mulalah mencari lokasi ala jalan pasar... nama tempat ini ialah Pasar Baharu


Jumpa jugak knob rotary untuk Kenwood TM261.


Di depannya


Sebelah sana ialah Pulau Jawa. Saya di bahagian Pulau Lombok


Bersama sahabat saya Fuad, kami merentasi Gurun Pasir Gunung berapi, melewati Taman Negara Bromo. Di belakangnya ialah ribut pasir... kemudia hujan dan kami terus tersesat.


Melewati ke Gunung Bromo


Oh ya, untuk berkendali mode digital di Labuan, kena cari laptop yang khusus untuk aktiviti radio


Jumpa akhirnya, bermodalkan RM200... dapat. Thinkpad E11



Balun 1:1 ZS6BKW putus la pulok.


Antenna launcher dah siap


Ini kegunaannya untuk menaikkan antena ketika di labuan.


Menggunakan penumatic... valve


Beli siap2 bahan


PVC


Antara projek akhir sempat saya bantu ialah melakukan penyelenggaraan pada 9M4RES


Rasanya Tabung ada masalah


Loss la pulok


Tinggal la 9W2WF dengan projek tertangguh kami di sana... saya harap ada rakan yang dapat bantu beliau


Ni kenangan projek akhir dengan Mares di Dungun


Lawa betul.. cantik sungai ni

 

Dan sampai Jabi, mesti vuba sate Jabi kan hehehhe


Besar juga... 

Apapun Insyallah saya akan kembali ke semananjung setelah projek di sini selesai. Bila selesai? entah lah... Mujur ada hobi radio amatur, mengisi sedikit ruang dan peluang. Tetapi sampai bila? hobi ini sedikit malap, yang tinggal hanyalah persahabatan dikalangan kita ham radio.

Sesuatu pengisian perlu dilakukan, dan saya bercadang untuk mencuba proposal ke 9M0 sebelum saya dipulangkan ke semanjung kelak!

hingga jumpa lagi! 73!



Related Posts with Thumbnails