Anda adalah tetamu ke blog ini.

Selasa, 28 Julai 2009

Hari Field Day Ham Radio SeMalaysia


Assalamualikum dan salam sejahtera,

Jom menyertai kami dalam acara field day tahunan iaitu International Lighthouse/Lightship Weekend yang akan diadakan pada 15hb hingga 16hb Ogos 2009.

Saya tidak pasti mana satu yang akan saya sertai kerana harus berada jauh dari kalian ketika itu. Apa yang pasti saya melihat ianya satu aktiviti yang bakal menghidupkan kembali nostalgia radio amatur Malaysia di mana segenap ham radio dari seluruh Malaysia akan keluar dari shack masing-masing dan memilih berkampung di tempat istimewa (field day)(kali ini rumah api). Kemudian setiap stesen ini akan cuba berhubung dengan semua stesen field day rumah api seluruh dunia.

Wow!! ;) semuanya akan bertemu di udara.

Oleh itu ayuh kawan-kawanku... jom sertai kami dan bersaing secara sihat untuk DX dengan stesen dalam negara dan luar negara disamping dapat berhibur dengan hobi ini. Lupakan anda dari persatuan mana, negara mana atau ideoloogi mana... atas nama hobi radio amatur. Ketika ini lah anda dapat menguji hasil homebrew anda, mempamerkan hasil kerja tangan, skill ragchew anda dan bersama-sama rakan radio lain eyeball sambil BBQ. hahahaahahaa...

Saya dimaklumkan terdapat 3 stesen dari Sabah, 1 stesen dari Sarawak dan 5 stesen dari Semenanjung yang akan berDX dengan semua stesen Rumah Api seluruh dunia. Pasukan dari selatan dan Melaka akan berkubu dan CQ dari Rumah Api Tanjung Tuan Melaka. Pasukan MARES akan memanggil dari Rumah Api Bukit Melawati Kuala Selangor manakala pasukan ASTRA Tengah akan berkubu di Rumah Api Bukit Jugra, satu lagi pasukan Pahang akan berkubu di rumah api menghadap Laut China Selatan.

Jom kita lihat pencapaian stesen yang dapat dihubungi (contact) nanti. Sudah tentu Stesen terbaik ialah stesen paling banyak contact. ;).. Owh, saya terlupa ada satu stesen dari Penang yang juga akan berhempas pulas mengatasi stesen lainnya. Maklumat stesen dari Malaysia boleh didapati di http://illw.net/ Apa tunggu lagi.. jom bersama-sama kami DXing sambil bersaing secara sihat melalui bilangan stesen contact yang diperolehi nanti. Jangan lupa, semak stesen master terdekat anda di manakah Rumah Api terdekat yang boleh anda 'join'.

Apabila Ham Radio segenap Malaysia sama-sama mengadakan Field Day serentak dari seluruh lokasi barulah ia bergelar, MALAYSIAN AMATEUR RADIO FIELD DAY!!

P/S: Saya suka camping dan yang paling penting... ada BBQ!! hahahaahhaa...
Maklumat terkini.... dari shack Rabin 9W2PD
***************************************************
Hai there Friends...Greetings from PD..

the latest news and the expected active stations could be found at:
(as of 1 Aug 09)
http://illw.org/9-list.html (301 Light Houses Internationally) 1-9 Aug 09
http://illw.net/2009_list.htm (334 Light Houses Internationally) 15 & 16 Aug 09

The confirm locations in Malaysia for this nationwide event are as follows:
1. Rumah Api Fort Cornwallis, Penang Callsign: 9M4LHP (Lima Hotel Papa) (05.25.21N, 100.20.70E)
WLOL#: WMA 004 & ILLW #: MY 0003 (old) MY 0004 (new)-
Station Master: 9M2BA - Azmi Abdullah -
Coordinator : 9M2RR - Abdul Rahim
2. Rumah Api Bukit Melawati, Kuala Selangor Callsign: 9M4LHB (Lima Hotel Bravo) (03.20.48N, 101.14.70E)WLOL#: WMA 005 & ILLW #: MY 0005-
Station Master: 9M2SQL - Abdul Mutalib-
Coordinator: 9W2SF - Syed Faisal
3. Rumah Api Bukit Jugra, Banting Selangor Callsign: 9M4LHE (Lima Hotel Echo) (02.50.15N, 101.25.06E)WLOL#: WMA 001 & ILLW #: MY 0006-
Station Master: 9M2JEN - Saiful Firdaus-
Coordinator: 9W2YR - Abd Rasid Ahmad Sidek
4. Rumah Api Cape Rachardo Tanjung Tuan, Port Dickson Callsign: 9M4LHN (Lima Hotel November) (02.24.43N, 101.51.13E)WLOL#: WMA 003 & ILLW #: MY 0001-
Station Master: 9M2QQ - Hans E Elhers-
Coordinator: 9W2PD - Rabindra
5. Rumah Api Bukit Segenting, Batu Pahat, Johor Callsign: 9M4LHJ (Lima Hotel Juliet) (01.47.50N, 102.53.40E)WLOL#: WMA 002 & ILLW #: MY 0008-
Station Master: 9M2NP - Narayanan (Thango)-
Coordinator: 9W2BUG – Jayakanthan
6. Rumah Api Tanjung Gelang, Kuantan Pahang Callsign: 9M4LHC (Lima Hotel Charlie) (03.57.79N, 103.26.23E)WLOL#: WMA 024 & ILLW #: MY 0002-
Station Master: 9M2TOT - Ibrahim Musa-
Coordinator: 9W2RZL – Rizal
7. Rumah Api Pulau Layangan, Sabah Callsign: 9M4LHS (Lima Hotel Sierra) (06.00.11N, 116.03.46E)WLOL#: EMA 018 & ILLW #: MY 0007-
Station Master: 9M6DJC – Christopher-
Coordinator: 9W6BOY - Daniel Haikal
harap kawan2 semua boleh contact station master anda utk maklumat terkinistation lighthouse anda dan cubalah hadirkan diri utk activiti MLHW 09 ini...
do pass the news to all others and terima kasih kerana update blogspot / website anda..
marilah kita sama2 meriahkan lagi majlis MLHW / ILLW 09...
thanks again..73 de Rabin - 9W2PD.. Port Dickson...019 654 0011...

p/s kawan2 yg tak dapat dtg ke lighhouse boleh cuba contact stations tersebutdari base / rumah anda... no problem on that.. but tak seronoklah ceritanya...
**********************************************
Sekian berita dari shack Rabin 9W2PD

Sabtu, 11 Julai 2009

Malaysia Light House on The Air 2009 - Malaysian Ham Radio Field Day

Assalamualaikum dan salam sejahtera... posting gambar-gambar sahaja.

Malaysia Light House On The Air 2009 akan diadakan pada Ogos ni.. jom memeriahkan acara DXing kali ni. Saya besar kemungkinan tidak dapat sama-sama menyertainya tetapi saya percaya banyak perkara yang dapat kita timba dari acara sebegini.



Gambar Sebuah rumah api yang tenggelam dihentam ombak ganas. (bukan one phantom Bank yer ;) )

Saya membantu saudara Mutalib dan bang Irwan melakukan survey tapak DXing Light House On The Air 2009 di Bukit Malawati Sabtu lepas. Saya berharap amat-amat agar aktiviti ini merupakan satu acara yang bakal menyatu semua ham radio dan menjadi HARI FIELD DAY RADIO AMATUR SE MALAYSIA.

Mmm... dunia radio amatur banyak yang telah berubah diera penghujung Jabatan Telekom Malaysia. Menjelang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pula ianya bertambah relah kerana kewujudan kem-kem pemain hobi ini melalui pelbagai persatuan yang wujud seperti cendawan selepas hujan.

Awal 2005, persepsi itu berubah. Generasi radio amatur muda mula melihat kewujudan setiap persatuan radio amatur di semenanjung sebagai satu persaingan sihat. Tidak kira acara mana-mana persatuan atau kelab diikuti dengan bebas. Tiada soksek yang kedengaran lagi.

Nah... ianya masih belum lengkap jika semua kelab atau persatuan... atau mana-mana ahli radio yang berbilang latar persatuan itu tidak dikumpulkan dibawah satu acara berpasukan. Maka Malaysia International Light House saya rasakan satu medium terbaik menyatukan warga radio amatur malaysia.

Apa yang saya tekankan ialah satu acara 'field day' di luar kelab, persatuan atau kepompong harus diadakan. Diketika ini lah semua warga radio amatur akan berasa sama-sama bekerjasama, menzahirkan idea dikala masalah datang dan sama-sama enjoy keseronokkan radio amatur.

Cubalah sekali field day... Insyallah anda akan tahu keseronokkan radio amatur.

Field day bukan sahaja aktiviti Contest, DXing, tetapi juga melalui flea market, Fox Hunting dan pameran.


Mutalib 9M2SQL dan Irwan 9W2TKK sedang melakukan gerak perancangan perlaksanaan Light House On The Air.



Suasana misteri Rumah Api Bukit Malawati yang akan menjadi tempat dimana pasukan Radio Amatur selangor mengoperasikan stesen Light House On The Air.




Pemandangan cantik rumah api Bukit Malawati.

Tidak saya lepaskan berkomunikasi secara portable Yaesu FT817ND di atas bukit ini.


Abang irwan menunjukkan arah laut di mana antena HF akan di arahkan ke sana.

Ok.. selingan, dalam mengemas fail-fail tertunggak kat rumah beberapa keping kertas kenangan dulu-dulu saya temui...

Kelab astronomi USM...., masih saya simpan hingga kini. kalau tak silap tahun 1994 kot. Internet zaman dailup Jaring..



Juga gambar Allahyarham Sonee, gambar ketika expedisi kedua maintainance repaeter Gunung ledang. Ketika itu Allahyarham 9M2GL dan 9W2NV (kini 9W2NIK) sama-sama bermalam di atas gunung tu. Sejuk gileerr.. tapi Alhamdullillah, masakan Pak Nik tidak pernah mengecewakan. Lepas itu kami ke Gunung Pulai Memasang buat pertama kali repeater Gunung Pulai.




Tak ingat kad ni pakai time bila, rasanya masa naik Public Transport kat Finland. Satu kad ni cover sekali bas dan train rasanya...
Dan... nyaris nak expired. Beli tak pakai-pakai.. Bila la astro nak guna sistem prepaid ni..



Satelit Telkom, yang aku langgan guna prepaid kad. Kat C-band, boleh tahan la. Kualiti warna dah tentu KU-Band tapi, Astro dah feed dua tiga satellite+editing so warna dia dah gelab. Telkom lagi clear.. siap subtitle tri-language.. pehhhh!!
Juga satu QSL kad sesat yang sampai ke mailbox saya..... susahnya jadi orang yang mirip callsign kepada orang yang lagi glamour dari kita heheehe..

Ni pula hobi yang masih lagi dipraktikkan. Hobi ni datang dulu sebelum radio amatur. Penpal. Best giler dan majoriti masih lagi keep in touch, pernah ghatering kat KL ajak diorang datang. Dari zaman kanak-kanak kami kenal hinggalah telah pun berkeluarga... seronok, sebab ada yang dah 20 tahun berhubung melalui surat-menyurat tradisional. Memandangkan zaman internet sudah mengatasi zaman surat pos, syarikat ini juga sudah memberhentikan perkhidmatan. Thank Izat 9W2RI atas info.
Apapun.. ia tetap nostalgia saya.

Perkhidmatan terakhir saya melalui syarikat ini.



Juga tiket ketika melawat memorial perang Hiroshima masa zaman pelajar pertukaran dulu.


Gambar projek masa belajar dulu... kereta kawalan jauh (melalui internet ke radio wireless). Tugasnya mencuci, memberus dan vacum. Kemudian balik ke charger secara automatik. Rekaan ini telah pun banyakn dikormersilkan kini tetapi ia dibuat secara standalone.
Projek saya ini dikawal melalui satu PC ke PC yang lain melalui internet. PC terakhir bertindak sebagai Server yang akan mengawal hardware conteroller. Projek ini rangka asal dan software asal adalah dari 9W2HE Hafizul Effendi tetapi kami naik tarafkan kepada yang lebih baik. Dari C-Language kepada HTML+Java. Serial Comm kepada PCI board direct.
Hardware Controller pula akan memancarkan isyarat pada kereta ini supaya melakukan kerja-kerja vacum, berus atau menyembur air sabun. Dalam pada masa yang sama ia menerima video dari kereta pencuci.
Terdapat sensor ultrasonic dihadapan kereta yang akan membantu kereta tidak terbabas dan membantu kereta pulang ke charger semasa tiada arahan diterima dari Hardware Controller. Charger (mengecas bateri) pula disertakan sekali penyedut bahan buangan yang vakum ambil dan mengisi air sabun ke dalam bekas di atas kereta. Data kandungan air sabun dalam kereta dan maklumat bateri kereta dihantar dan di pantau dalam PC melalui satu lagi freq.

Rupa kereta pencuci saya
Controller bodoh saya. sofware yang ditulis ntah mana saya simpan. Freq yang digunakan ialah 27Mhz untuk kawalan kereta, Video 220Mhz, Data 1.2Ghz dan satu lagi freq yang saya dah lupa.


Dan gambar terakhir saya. CW homebrew milik 9M2MGL yang dibuat dengan kayu... klasik ;)
Itu saja dari saya, hingga jumpa lagi... bye!! ;)

Jumaat, 10 Julai 2009

Terima kasih V17 Jasa anda akan saya kenang di Laut China Selatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Posting pendek lagik.... banyak projek yang tergendala sementara menanti waran perjalanan ke Malaysia Timur dikeluarkan. Thank Saint Ritzs atas sokongan dan penantian kat sana.


Apapun, hari saja ada 3 majlis meraikan saya. Semuanya memberi cenderamata mahal... pen cair! Niat di hati memang minat giler nak beli pen mahal ni sejak 1991. Tapi tak termampu. akhirnya kilometrico jugak yang beli :P

Dan tempahan Beacon ARDF terakhir disiapkan. Esok akan dipos ke Brunei Darussalam.


Buat Wilayah V17, Terima kasih atas cenderahati Pen ni. Siap terukir callsign saya. Pergghh... Untuk makluman V17, sejak 2003 saya kerap ke Jusco dan takkan lupa untuk singgah ke bahagian alat tulis untuk cuci mata melihat pen-pen mahal dipamer. Niat dihati 6 tahun berlalu. Rupa-rupanya dapat jugak memiliki. Waaaaaaa... Jasa korang amat-amat aku palam dalam hati.


Terukir callsign saya dan V17. Nostalgia!


Seperti biasa dipetang hari.. aktiviti qso di HF, dengan teleskopik dan QRP set. Dapat la CQ ngan Filipina melalui voice. Signal Report 42. Oklah..

Setup disenja hari....


Grounding dengan rod welding ajer

Dan membasahkan lagi tanah grounding sampai la tuning SWR stabil.

Senja berlabuh di lembah Kelang.... jika dulu cahaya-cahaya inilah yang dirasai ketika minggu-minggu terakhir di Lembah Kinta, kini Lembah Klang dan Insyallah akan datang entah lembah di Malaysia Timur akan dirasai. Mungkin laut China Selatan mungkin..



Hingga jumpa lagi. Esok shoot gambar QSL card International Light House On The Air di Bukit Melawati, Petangnya bersama Rabin 9W2PD untuk sessi taklimat ARDF Beacon dan petangnya bersantai dirumah bersama zack.
Penuh aktiviti aku kali ni...
P/S: terkejut dengan emel yang diterima dari 9M2MGL tentang layanan emel MCMC pada seorang pengadu tentang gangguan interference radio. Mungkin Pegawai MCMC itu tidak berhemah dan emosi ketika menjawab emel tu disebabkan work load kerja yang melampau batas.


Jumaat, 3 Julai 2009

Kenangan suka duka CW

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Projek saya sudah selesai. Komponen terakhir iaitu antenna teleskopik homebrew digandingkan pada variable transformer.


Siri ujian menyaksikan kesemua band dapat monitor dengan baik. Saya mencuba TX pada 20M band dan dijawab oleh satu stesen dari China. Signal repot 42. Kira ok la dengan ketinggian saya di puncak Bukit Puchong.



Ni dia rupanya set yang telah siap... puas hati gilerrr ;)


Oklah berbalik pada tajuk awal saya.
Tadi kotak yang telah saya tempah sudah sampai di rumah. Kota kayu ini cukup untuk memuatkan semua barang-barang milik saya apabila pindah nanti. Saya sedikit-sedikit menyusun apa yang patut ke dalamnya.
Dalam membuka beberapa kotak asal, saya terjumpa satu barang yang amat-amat memberi nostalgia buat saya. Ketika era kemiskinan menghambat saya dari menjadi seorang ham radio yang lengkap.
Ketika itu gaji saya hanya cukup untuk sara hidup asas sahaja. Pekerjaan saya ala-ala kadar. Itu pun nasib baik ehsan kawan-kawan radio amatur seperti kamsol 9W2KW (kini 9M2MKW), Pak Hamid 9W2TU, Bang Ghazi 9W2GAZ, Pak Yob 9W2YR dan Bob 9W2ZV.
Lewat 2003, saya teringin mencuba belajar CW dengan lebih tekun. Allahyarham 9M2GL kerap kedengaran di repeater 9M2RUK (kemudiannya beralih ke 9M2RKW kemudiannya 9M4RES) melalui kelas asas CW.
Ramai kawan-kawan yang mengikuti kelas CW serta yang tak ikut pun memiliki key CW yang baik. Sudah tentu Key yang sempurna rupanya kalau dilihat RMnya agak mahal. bagi saya RM100 setiap kali gaji adalah sangat besar. Ketika itu dengan taraf hidup saya RM50 mampu menyara saya 1 minggu setengah.
Ada dikalangan sahabat-sahabat saya di utara juga senasib saya. Misalnya 9W2AK (kini 9M2MGL) memilih untuk membuat sendiri CW key dengan barangan terpakai. Tetapi perasaan malu saya dengan hasil key buatan tangan saya pada beliau sangat la mendalam. Bunyi yang dihasil dari CW key Azman jauh lebih bergema dan telah membuatkan air mata Pegawai Pemeriksa semasa ujian menitis.... bunyi CW key saya hanyalah bunyi itik tak cukup makan.. hahaha...Tambahan pula buatan tangan azman kemas.
4 tahun kemudian, saya rasa tak kisah untuk saya pamerkan CW key saya. Kerana ia simbolik usaha keras kami untuk berjaya dalam ujian CW.
Gambar di bawah ialah rupa CW key saya... 100% buatan tangan tanpa mesin. hanyalah mata gergaji yang telah patah, lebihan aluminium antenna TV yang dibuang oleh 9W2ZV, saya potong dan bentukkan lekuk dengan lesung batu. Manakala lubang saya gunakan tap skru yang saya pulas dengan pemutar skru.
Diawal saya mula bekerja di Ibu Kota, saya hanyalah bertindak sebagai opis boy. Jadi banyak cop-cop lama terbuang. saya amik dan kitar semula. Allahyarham 9M2GL menambah pada tombol cop ini dengan puting susu kanak-kanak... lebih ergonomik. Skru menggunakan yang boleh dilaras supaya mudah dilakukan penalaan ketat.

Rupa lengkap CW key bersama Osilator dan Amplifier..

Litar CW Osilator dan litar Amplifier 2 watt. Bersama speaker. 100% kitar semula dari komponen elektronik. Lead free sebab tak guna solder hehehehe... main skru point to point ajer.


Transistor model ni boleh tahan panas gak. Mahal pulak tu kalau nak beli.

Pandangan suram..

Kita zoom lebih dekat dengan kamera minolta saya ni.. Macro lenz. Menggunakan jarum Jig. Kat Hondai Penang kalau tak silap sebatang RM5. Ni pun recycle dari jig terbuang. Contack yang bagus. Bahagian ini diikat dengan satu dawai pengalir supaya tak intermittant.

Setelah siap, key diuji berkali-kali touching part supaya sharp dan lembut ditekan.

Plat contact pada bahagian jarum saya menggunakan Perak. Kalau ada duit buat macam sesetengah hardcore CW menggunakan emas sebagai conductor.


100% menggunakan tangan dan lesung batu untuk mengetuk. Ini yang membuatkan saya sekian lama segan mendedahkan key CW saya. ;) alahaiiiii... teruknya hasil tangan saya. Azman lagi hebat. 98% kayu....

Seperti yang saya maklumkan. Untuk membuatkan key ini mudah dilaras keselesaan mengetuk maka perlu dibuat sistem mekanikalnya fleksibel. Saya menggunakan spring dari pen yang separa anjal. Bahagian-bahagian lain saya bengkok dengan tangan ajer..



Litar Flip Flop saya ialah menggunakan trasistor 2N2222. Kalau ada board saya akan memilih IC555 ajer... tapi apa kan daya... kewangan terhad nak buat PCB so saya pilih main jumper. Teringat masa kemahiran hidup zaman sekolah... akhirnya aku praktik balik teknik ni ;)



Pandangan atas..


Oh... terjumpa pulak buku ni masa aku nak ngemas balik barangan... Selingan:- Buku ni aku beli masa kat Palembang. Di sana banyak karya terjemahan menarik berkaitan radio amatur. Untuk makluman buku ni berharga RM3 sahaja. Waduh...

Dan aku pamerkan 3 evolusi dari zaman susah nak main CW hinggalah berkat kesabaran akhirnya key itu mengajar aku banyak erti perjuangan CW bagi orang susah mcm aku. Key pertama aku... Key hadiah dari Zaiful dan key jenis squish yang beli kat Hamfest di Indonesia.



Itu saja yang saya lampirkan kali ini. ;). Ingat la, untuk berjaya dalam ujian CW bukannya memiliki key CW yang mahal tetapi kesungguhan untuk membina CW dalam diri.
hingga jumpa lagi 73!
Related Posts with Thumbnails