Anda adalah tetamu ke blog ini.

Selasa, 27 Januari 2009

ARDF anjuran Wilayah V17 dan Pusat Ko 5 April 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya mewakili komuniti wilayah V17 dengan bangga menjemput semua
warga radio amatur dan peminat radio komunikasi di Malaysia
menyertai pertandingan Amateur Radio Directional Fox Hunting (ARDF).

Acara ini julung kali diadakakan terbuka buat semua komuniti radio
amatur samada Marts, Astra, Mares, Parts, Pradas, SCS, Jasra, AKRB,
Paras, Komuniti Radio Amatur dari Sabah, Sarawak, Kelantan, Johor,
Melaka mahupun komuniti-komuniti kecil seperti V33, Vee99 dan
komuniti bukan radio amatur tetapi berminat dengan teknik
membangunkan perkakasan radio mencari isyarat disamping beriadah
dalam hobi ini.

Tujuan acara ini di adakan adalah bertujuan untuk mewujudkan
semangat berkerjasama, bersukan dan bersaing yang sihat dikalangan peminat
radio amatur atau peminat hobi elektronik melalui cara pembangunan
(homebrew) peralatan, kecergasan dan kecekapan minda. Dan yang
penting para peserta dapat menguji keberkesanan hasil homebrew
masing-masing.

Radio amatur bukan sahaja sebagai satu wadah komunikasi buta semata-
mata tetapi satu ruang mengaplikasikan apa yang kita cenderung
kepada satu kemuncak pengujian tahap kejayaan kita bereksperimen.

Antara pertandingan yang akan dipertandingkan ialah (rujuk laman
web rasmi wilayah V17 utk sebarang perubahan):

1)Antena ARDF terbaik
(Setiap antena yang dibangunkan oleh peserta akan disaring mengikut
kriteria teknikal seperti SWR, galangan, kekemasan etc)

2)Pertandingan Fox Hunt Individu
(Hadiah utama ialah sebuah Transceiver popular)

3)Pertandingan Fox Hunt Berkumpulan
(Hadiah misteri tetapi sangat dicari ;) )

3)Pertandingan Slalom Fox Hunt
(Pertama kali dibawa ke Malaysia mungkin dimana terdapat beberapa
antena yang memancar dimana peserta yang duduk harus mencuba
mendapatkan susunan antena yang memancar di hadapannya. Mudah!)

Dan

Acara Flea Market di tapak acara.

Demi memastikan peluang tuan-tuan menang dalam pertandingan ini,
jaguh-jaguh V17 seperti Raymond dan Fadhil serta sekutu V17 tidak
dibenarkan bertanding tetapi bertindak sebagai panitia sahaja.

Bagi yang ingin memiliki transceiver radio amatur - Model popular
(antara hadiah utama) boleh lah mencuba nasib. Hadiah-hadiah
lumayan menanti anda ;)

Acara ini akan diadakan pada 5 April 2009 ini. Lokasi - Kuala lumpur,
lebih detail akan dimaklumkan melalui laman web rasmi V17.

Nah.. tunggu apa lagi, bangunkan antena fox hunt anda.. charge
kembali handie talkie anda yang dah berhabuk dan bersedialah
memenangi hadiah menarik pada 1 Mac ini!! Inilah masanya anda
menunjukkan kejantanan tuan-tuan. Jumpa di sana!!

Laman rasmi wilayah V17 http://www.wilayahv17.com

atau http://v17ardf2009.blogspot.com untuk mendaftar
atau http://wilayahv17.blogspot.com
dan http://www.pkkkl.com

ARDF beacon asal yang akan dicari nanti

4 Beacon...


Perbincangan teknikal pihak penganjur


Beacon yang akan digunakan oleh urusetia pertandingan ARDF 5 April nanti


PCB dan kad pemprogram PIC


Demikian laporan ringkas saya... jangan lupa sertai kami yer ;)
Sambil tu saya juga sempat membeli pemegang bagi ICOM IC 718 di Maplin Jalan Pasar. Bagaimana memasang?
Perhatikan lubang skru ini:-

Lubang ini

Ini rupa pemegang yang berharga RM6
Transceiver dibaringkan untuk memudahkan pemasangan

Leraian komponen

Dan siap dipasang... tapi tersilap saiz daa...

Ok.. berbalik perkakasan yang akan digunakan semasa ARDF nanti... ARDF Occilator dan Slalom Switch


Tunggu apa lagi... lawati http://v17ardf2009.blogspot.com dan daftralah sebgai peserta ;)

9M2PIC a.k.a 9M4CPO

Salam sejahtera,

Saya sempat melawat kembali 9M2PIC Sabtu lepas dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang. Satu kelab stesen yang banyak meyimpan suka duka saya sebagai warga radio amatur. Mungkin tuan-tuan juga ada memori manis di sini.

Kelab inilah di mana saya bermula sebagai warga radio amatur. Ia bermula apabila saya menghadiri Kelas Bahasa Jepun dari salah seorang Pensyarah berbangsa Jepun dari JIC di Jabatan Perdagangan. Beliau menggalakkan kami bertutur bahasa Jepun di radio. Ah.. radio apa ya detik hati saya ketika itu.

Soalan yang sama saya alihkan pada sahabat saya yang juga rakan sekelas dari Jabatan Kejuruteraan Perkapalan (yang kini berlayar setiap hari di Selat Bagan). kami mula mendekati kelab ini melalui seorang senior dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik iaitu Saudara Rushdi Carlos.

Apapun ianya adalah sebahagian dari sejarah saya.

Antena Yagi di luar kelab

Papan tanda baru

Pemandangan nostalgia saya..


Pemandangan Jelas


Antenna VHF sediada atas bangunan

Jadual aktiviti. Khabarnya ianya menjadi satu syarat wajib Pelajar yang mengambil major Elektonik Perhubungan. Kini Tiada lagi Perhubungan, Kuasa, Jangkawas Kawalan dan Teknologi Komputer. Semuanya digabung menjadi Elektrik Elektronik.

Logo Kelab

Pemandangan Dalam.. perhatikan.. Projek Radio Packet kami masih ada lagi

dan radio yang digunakan

Pemandangan depan Kelab dari atas.. Perhatikan Jabatan Perdagangan dahulunya dihujung sana. Kini telah beralih ke bangunan Maktab Perguruan (telah diambil alih)

Pemandangan bawah

Oh.. kertas memo Latihan Industri kami masih terlekat di cermin bilik Ketua Jabatan.

Tandas pengajar yang mempunyai kekunci khas untuk masuk. Lupa nombor gayanya ciritlah kat depan pintu tu hehehe..

Hasil kerja salah seorang pelajar (kini opismate aku) aku tunjukkan pada dia... katanya, monumennya itu inspirasi nak menjadi IR. Tapi.. kini dia cuma seorang XXXXXXX.

Hasil kerja lagi..

Jabatan Perkapalan dan kebanggaan Enjin gergasi mereka yang tersembol keluar dari bangunan.
Dewan jubli Perak... Dewan baru.

Itu saja catatan saya.. Sebelum singgah ke PUO kami sempat singgah berjumpa En. Hasnan 9W2EI. Khabarnya dia juga akan mengakhiri zaman bertugasnya 1 tahun dari sekarang. Pencen awal katanya setelah 30 tahun bergelumang dengan dunia pendidikan selepas pulang dari Australia dulu.

Apa yang menjadi mercu tanda kebanggan kelab

Assalamualaikum...

Alhamdullillah, Kelab Mares telah punyai mercu tandanya yang tersendiri. Dilampirkan gambar-gambar untuk tatapan para pembaca. Harap maaf kerana saya tidak lagi menulis panjang kerana harus akur dengan keperluan masa bagi blog lain yang sedang diuruskan. ;)









Itu saja gambar yang sempat saya potretkan sebelum senja beransur hilang.. Selamat maju jaya ;)
Related Posts with Thumbnails