Anda adalah tetamu ke blog ini.

Jumaat, 23 Mei 2008

Kedaulatan yang ditangisi...

Assalamualaikum..

Rentetan 3 jam lepas ICJ memberi keputusan milik siapakah pemilik Pulau Batu Putih. Saya percaya sebenarnya Pulau Batu putih adalah hak mutlak Johor. Lihat lah lokasi Middle Rock yang jauh ke selatan memotong perairan Singapura (kecuali takrifan perairan antarabangsa/garisan sempadan/ZEE).

Hanya kerana 2 isu iaitu surat pemangku Temenggung Johor dan Aktiviti yang dijalankan oleh British sejak 1850 yang memainkan peranan dalam keputusan ICJ.


Dari segi Geografi dan persempadanan berdasarkan undang-undang antarabangsa, Pulau batu putih akan terpisah dengan Singapura secara amnya. Nelayan malaysia masih boleh berlindung di Middle Rock.

Tetapi Terumbu Selatan masih belum ada kata putus, milik siapakah ia? Jika Perkiraan saya ia mungkin milik Malaysia mungkin. Siapa Tahu? sama-samalah kita mendoakan agar ia milik kita akhirnya. Jika tidak, Indonesia juga harus mengubah petanya.



Gambaran dari bluechart saya



Dan Dari lakaran kasar saya




Mohon diberi maklumbalas situasi semasa terumbu Selatan pada saya. :)



73!

Selasa, 20 Mei 2008

Jom ke flea market


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kembali lagi dalam tulisan yang amat terhad ini. Sekadar ingin memaklumkan pihak Mares akan mengadakan Acara Pasar Lambak pada 1 Jun 2008 ini. Maklumat lanjut boleh diperolehi di http://fleamarket.mares.org.my/

Saya mewakili rakan saya ingin memaklumkan yang akan membuka satu meja jualan beberapa peralatan radio amatur seperti beacon, antena dan buku semasa hari tersebut. Jadi datanglah beramai-ramai memeriahkan suasana. Kehadiran tuan-tuan amat kami tunggu.




(Cerita bukan hal radio)




Saya masih tidak mempunyai masa yang banyak untuk menyiapkan beberapa tempahan dari warga radio amatur yang berminat dengan 10m band Yagi 3 elemen. Kenaikan harga logam dan ruang rumah banyak mempengaruhi 'line production' saya hehehe..

1 Bulan lepas, saya sempat menghadiri perkahwinan bekas teman serumah dalam keadaan kaki bersimen Plaster Of Paris. Selang 3 minggu kemudian seorang lagi juga melangsungkan perkahwinan, dan yang terakhir seorang lagi sabtu lepas. Kami dari 11 warga serumah semasa di PUO Ipoh hinggakan sama-sama berpindah ke Ibu Kota. Hampir 11 tahun tinggal bersama. Kini hanya 2 sahaja yang tinggal. Oh..

Semasa perkahwinan rakan saya yang agak popular dipanggil Comel, memang meriah. Selesai majlis tersebut saya menumpang Hafiz bersama isterinya (yang kemudian saya dimaklumkan bersalin selepas itu) pulang ke rumah. Comel dan Hafiz adalah nostalgia saya kerana merekalah yang datang berjumpa saya di cafeteria asrama PUO. Ketika itu saya dalam keadaan basah kuyup selepas latihan Ragbi. Mereka mempelawa saya menyertai tinggal bersama di luar Asrama. Saya menerima dengan hati terbuka.

Tak sangka... disaat berakhir ikatan serumah kami, mereka berdua juga yang terakhir juga saya jumpa. Hidup ni banyak kenangan... apabila mengingati semua ini banyak yang nostalgia.. rumah yang mempunyai antena bersimpang siur di Pekan Razaki (yang kemudian saya dimaklumkan milik 9M2SB), Kenangan berlari-lari ke Kuliah di dalam kampus PUO (Setiap pagi bila kelas En. Khalid), menumpang basikal lecturer ke kuliah (Pn. Tan Ee Chin), Setiap kali mengimbas kenangan di Ipoh pasti cahaya kekuningan di petang hari muncul dan banyak lagi.

Itu belum lagi kalau teringatkan suka duka hidup di Ibu Kota, tinggal di bawah jejantas stesyen LRT, menjaja berus gigi di pasar malam (yang aku jual RM1 sebatang), part time jaga parking di Batu 3 Speedway, dan menyelusuri onak duri dan sepak terajang radio amatur di malaysia... tak sangka aku masih lagi survive hingga kini.. Oh!!

Mungkin ada yang terbaca di satu lagi blog.. hujung tahun ini mungkin saya seorang sahaja yang tinggal. Mmm.. minggu depan saya harus ke Jakarta kembali nampaknya. ;)





*Tiada dalam gambar ialah Mizan dan Zack (yang mengambil gambar)
Hidup harus diteruskan demi sesuap nasi yang dah naik harganya (kafeteria bawah caj aku rm1.80 untuk nasi kosong saja)...... Hahahaah..
73!!







Selasa, 6 Mei 2008

Titik mula untuk ARDF

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sedikit maklumat dari Koran Surya (Surat Khabar Surya) bertarikh 4 Mei 2008 mks 17 keluaran Surabaya buat tatapan pembaca.



Dan kenangan-kenangan saya mendapat sijil dari Panitia Acara. Di sini dipanggil Piagam Penghargaan ;)

Tapi tak boleh lawan yang ini, sebab champion punya hehehe... siap masuk fox hunting wakil malaysia :) (Gambar diciplak dari 9W2SQ)

Juga tidak lupa Pak Aam YC3GZA yang sudi meluangkan banyak masa pada kami dari Malaysia. Risau saya kerana layanan Om Aam terlalu baik hinggakan tidak mungkin saya dapat membalas setimpalnya. Terima kasih Om Aam :)


Juga Om Jyoko Yc3OS yang sudi menanti di Airport (Bandara Juanda) ;). Harapannya Om Jyoko sudah menerima T-Shirt kenang-kenangan dari kami ketika membaca posting ini.... :)

Juga tidak lupa kepada sponsor penerbangan saya kali ini dan bank wang bergerak Pak Yob 9W2YR hehehe... Insyallah saya akan bayar terdekat ini bakinya nanti :p

Dan.. titik mula saya untuk lebih enjoy dalam hobi ini. Insyallah mungkin lebih kepada penganjuran dari menjadi peserta ;)



Demikian.. khabarnya Mares akan mengadakan bengkel Fox Hunting bulan ini. Manakala penganjuran di Sabah (Tuaran Hamfest) amat berjaya dalam aktiviti field day yang lepas. bagi yang berminat terdapat komuniti yang aktif dalam aktiviti ini di Malaysia iaitu Marts MyArdf. Para pembaca boleh melawati ke http://www.myardfsport.com/ .

Oh!! dimana IC-2N ku... hahaha....
73!!

Isnin, 5 Mei 2008

Kenangan dari Malang Hamfest 2008 (Surabaya)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Untuk tatapan rakan-rakan :) ketik Gambar Sekitar Hamfest Malang Surabaya tanggal 2hb hingga 4hb Mei 2008 yang telah saya hadiri.
Juga gambar-gambar sekitar Jakarta Hamfest 2007 dan gambar Lampung Hamfest 2008.
Selamat menikmati!!
73!
Related Posts with Thumbnails