Anda adalah tetamu ke blog ini.

Ahad, 13 April 2008

Lambang kemegahan 9Mike a.k.a kelas tertinggi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdullillah, keadaan saya semakin sihat. Walaubagaimanapun keadaan meniskus atau tulang rawan (biasanya disebut) masih tidak diketahui sehingga saya bertemu dengan doktor esok pagi. Semalam saya hampir putus asa apabila beberapa percubaan memperbaiki gamma match yang 'tahan lasak' tidak berjaya. Akhirnya saya memutuskan untuk ke Tanjung Piandang bertemu dengan En. Rahim.

Pemergian saya yang asalnya hanya berkisar masalah antena akhirnya meleret hingga ke suatu projek yang sudah lama tertinggal. Mustahil? tidak kot hingga ia akan diaplikasi nanti insyallah. Biar saya rahsiakan projek ini sehingga ianya berjaya.

Lewat malam barulah saya bertemu dengan Jaafar (bukan nama sebenar). Perbualan kali ini banyak berkisar CW... anda boleh membaca di laman blog beliau. hehehe...

Diakhir perbualan dengan Jaafar, saya dibawa menyelusuri kawasan perumahan di sekitar Parit Buntar melihat menara-menara yang menjadi kebanggaan warga radio amatur kelas A.

Sebelum lebih mendalam eloklah saya tekankan di sini agar pembaca dapat membandingkan antara Lesen A dan B. Ini bukan untuk menunjukkan gah tetapi justifikasi anda menyertai alam radio ini dan apakah anda telah mencapai tahap klimaks radio amatur? atau 'tewas' diawal permainan?

Bagi pemegang lesen kelas tertinggi hobi ini, memiliki sebuah antena yang besar dan hebat atau menjadi mercu tanda 'base station' sendiri adalah impian semua orang. Rata-ratanya sudah berjaya mengapai impian ini. Saya juga mengakui ini banyak membuatkan saya bakal menjadi cerewet apabila memilih rumah, lokasi rumah dan ruang laman rumah (lebih teruk dari feng shui). Kononnya ingin membangunkan sebuah menara tinggi mengandungi antena yagi HF yang 'gabak' besar. Nafsu serakah... hahaha.. :)

Jadi tidak hairanlah rumah warga radio amatur yang hardcore mempunyai menara dan antena yang besar. Tetapi bagaimana pula mereka yang juga hardcore tetapi berlesen B? Sayang jika mereka juga mempunyai menara yang tinggi.. antena yagi (10m mungkin) yang 'kontot'? Tetapi tidak dapat memaksimumkan 'kepuasan' bermain di freq 'terlarang'.

Oleh itu saya menyeru para pembaca blog saya agar mempertingkatkan had sediaada ke tahap tertinggi iaitu mengambil ujian CW. Ujian Kod Morse seterusnya ialah September (bergantung pada pengumuman semasa SKMM).

Jangan jadi ibarat orang yang 'mati pucuk' (maaf sedikit kasar). hehehe.. 'sangap'. Melihat dari jauh dengan penuh nafsu... :P

Dan apabila anda berjaya mempertingkatkan ke kelas tinggi nanti saya percaya, segala-galanya akan berubah. Tiada halangan lagi. 'Menara' anda boleh 'dipanjangkan; lagi. Antena anda boleh di'besar'kan lagi. Dan yang paling indah ialah anda boleh mencapai 'klimaks' di 'freq-freq' yang sebelum ini terlarang sebelum ini. Aduh!!....... syahdu! hahahaa... :p

Eh, apa yang saya merapu ni? ;)

Oklah, saya sertakan gambar-gambar koleksi antena dan menara yang sempat saya potretkan. Oleh kerana ketika saya dibawa oleh Jaafar melihat antena tersebut pada tengah malam jadi kebanyakkan antena sukar saya cam. Saya sekali lagi petang tadi meninjau.... aduh.. geramnya ;) kalaulah saya juga memiliki seperti mereka.


Ini ialah menara dan koleksi antenna milik En. Rahim. Beliau aktif bereksperimen di 2m dan jaluran TV Band III. Semuanya homebrew termasuk dengan menara sekali. Hebat!!



Satu lagi stesyen radio amatur di Parit Buntar. Cukup ganas hehehe... dari 1km dan cukup jelas dilihat.


Gambar lebih dekat. Khabarnya antena HF terbesar kat atas tu homebrew.


Untuk gambar lebih jelas, ketik pada gambar di bawah.

Satu lagi stesyen radio amatur yang tinggal di Parit Buntar sempat saya potret. Mudah dan ringkas. Dibangunkan di atas platform di belakang rumah.


Pandangan dari Barat, yang mana satu antenanya yer?



Tetapi ada yang merisaukan jika memiliki menara yang terlalu tinggi, pertamanya ialah kilat dan keduanya ialah risiko tumbang... Mmmmm.. tapi jika anda bangunkannya dengan perkiraan kejuruteraan yang betul maka masalah ini dapat diatasi dengan mudah.

Demikian catatan saya.... harap jangan yang kecil hati dengan penulisan saya. Ianya sekadar memberi semangat pada kawan-kawan untuk terus maju jaya dalam hobi ini. Jika anda mahu 'bermain', biarlah ia 'bertahan lama'. Dan jika anda 'bermain', biarlah ianya mencapai'klimaks'nya.. hahaha....
"Alang-alang menyeluk pekasam... alang-alang main radio amatur biar sampai kelas tertinggi"
Jangan lupa, ujian morse kod hujung tahun ini :)!!
73!
P/S: Saya terjumpa pautan ini. Sekurang-kurangnya kita masih ada ruang.

Khamis, 10 April 2008

Rugi atau untung?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat bertemu kembali.

Sekadar menjawab beberapa soalan dari pembaca. Saya tidak dapat menjawab semua persoalan tuan-tuan kerana ada yang diluar dari pengetahuan ilmu saya. Jika termampu insyallah akan saya bantu.

Terdapat pembaca yang telah membangunkan projek teleskopik antenna dalam posting yang lepas. Ada juga yang sukar mendapat bacaan SWR yang bagus atau terbaik bagi semua jalur HF, VHF dan UHF. Ini adalah normal. Saya juga tidak dapat meliputi antenna buatan saya dengan keseluruhan jalur tersebut. Disebabkan gegelung yang dibina adalah kekal dan perlarasan gegelung tidak membantu, maka alternatif yang boleh membantu ialah melaraskan kepanjangan teleskopik. Kepanjangan yang sesuai akan ditanda untuk mudah mengingati.

Soalan kedua dari pembaca ialah gelung ferit yang sesuai. Saya menggunakan gelung ferit berdiameter 3.5cm (16swg) dan projek yang pertama ialah 2cm (kecil sedikit dari 16swg). Kedua-duanya memberi prestasi yang baik.




Demikian pengalaman yang dapat saya kongsikan. Minggu ini saya sedikit sibuk dengan lens baru 50mm f1.8. Mmmm... bukaan f1.8 cukup bagus! Respon AF yang cepat. Rasanya lens ini hanya untuk light box sahaja mungkin. Produk-produk mini yang harus dipotretkan.



Hasilnya sedikit tajam dari 18-200mm VR saya. Gambar di bawah ialah shoot pertama selepas dipasang pada nikon D300..


Asalnya saya hanya ke Komtar untuk membeli stok IC untuk projek. Entah macam mana tersinggah ke kedai Snap n XXXX . Asalnya mencari Macro lens Nikkor seondhand... terjumpa pulak lens ni. Nafsu punya pasal jadi saya ambillah.. dengan harga RM360 baru. Dalam perjalanan pulang terasa rugi pulak sebab banyak lens yang dah cover 50mm. Tapi bila shoot dua tiga kali... rasanya tidak, selepas beberapa hasil yang sangat memuaskan. Saya masih untung kerana lightbox saya adalah tempatnya.

Ops.. ini blog radio hahaha...

Oklah.. itu saja. hingga jumpa lagi. 73!

P/S: 9M2GL menulis tentang memancar di negara orang, info yang bagus untuk dibaca.

Selasa, 8 April 2008

Awas.. Untuk QRP sahaja.

Assalamualaikum dan salan sejahtera.

Saya telah dihujani dengan beberapa email yang bertanyakan tentang antenna Buddipole.


Gambar dari Buddipole

Ini rentetan dari pemergian Fahroe ke Kota Jakarta bersama aweks-aweksnya satu bas mencari antenna tersebut. Malang tidak berbau (dan antena juga tidak berbau hehehe).. antenna yang dicari tidak dijumpai. Rasanya antenna tersebut masih boleh ditempah melalui Internet. Atau jika anda berminat boleh membangunkan sendiri melalui gambarajah yang banyak terpapar di internet. Search engine seperti google atau altavista mungkin membantu. Seronok!

Ok, mungkin ada alternative lain untuk antenna yang mudah alih dan berkuasa. Tulisan saya kali ini adalah khusus untuk penggemar Dxing diluar rumah dengan kuasa yang rendah (QRP).

Bagi kebanyakkan pemilik handie talkie yang berkendali di VHF, mereka akan memilih akan menggunakan antenna teleskopik. Tetapi bolehkan antenna teleskopik ini dibangunkan untuk kegunaan HF? Atau VHF+UHF+HF? Jawapannya ada. Antenna ini telah dikormersilkan dengan nama Miraclewhip.

Gambar dari Universal-Radio

Gambar dari Miracle Antenna - Seorang pakcik sedang berkomunikasi

Saya pernah menggunakan kedua-dua versi kormersil dan homebrew. Sudah tentu yang kormersil adalah terbaik tetapi homebrew lebih memberi kepuasan. Malangnya antenna tersebut sudah tiada kerana belum dipulangkan dari peminjamnya. Versi kormersil sedikit rapuh dah kekerapan anda menala butang pelarasan lama kelamaan membuatkan sedikit intermittent. Saya masih mencari gambar yang hasil homebrew antenna buatan saya ini.

Bagi yang ingin membangunkan antenna ini boleh memuat turun artikel asal dari ARRL di http://www.savefile.com/files/1491884

Saya telah membangunkan 2 unit dan keputusannya amat memuaskan. Untuk gambaran sebenar dibahagian lilitan butang ferit boleh melihat di laman http://www.qsl.net/n2ffl/miracle%20whip.htm

Walaubagaimanapun bahagian yang sukar untuk dibangunkan ialah bahagian gegelung dan pelaras. Menggunakan berus tembaga bukanlah penyelesaian terbaik kerana pengoksidaan pada dawai gelung dan sentuhan pada pelaras yang akan haus kelamaan. Terdapat satu lagi teknik menggunakan 2 unit 12 arah/kutub suis sebagaimana teori di http://myweb.tiscali.co.uk/m1ios/html/wonder%20whip.htm

Ok, cuba bangunkan satu dan berikan maklumbalas pada saya.. semoga Berjaya!! Setakat ini di 40m band dari Puchong ke Alor Setar (9M2AR) tiada masalah dengan laporan 5/3. manakala ke Sumatera dan Kalimantan juga dalam 5/5. Semua komunikasi ini dilakukan dengan hanya 5W dan antenna ini. Mengagumkan bagi situasi portable QRP. :)

Buddipole? Diharap penulisan akan datang saya akan berkaitan buddypole dan projek homebrew antenna popular ini Insyallah. Kali terakhir saya lihat ada rakan membangunkan antenna mirip buddipole ialah di laman web 9M2AZ. Tetapi link ke projek beliau telah tidak aktif lagi atau telah dipadam ( http://www.qsl.net/9m2az/ )


JIKA KITA BOLEH BERJIMAT KENAPA TIDAK MEMBINANYA SENDIRI?

Selamat ber’homebrew’ dan menikmati hasil tangan anda.. 73!

P/S: Akhirnya saya menunaikan permintaan 9W2VXR, 2 tahun kemudian…

Isnin, 7 April 2008

All Iguana Malaysia CQ Contest

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Posting ini adalah rentetan dari cadangan saya mewujudkan satu acara pertandingan untuk warga radio amatur. Warga Marts sudah merintis melalui ARDF, Syabas! Dan khabarnya sudah ada penyertaan ke luar negara mewakili komuniti kita. Juga warga Sabah yang telah mengadakan baru-baru ini.

Berikut ialah cadangan saya… hanya cadangan…

Format sebenar contest adalah berbeza. Cadangan format ini adalah untuk pengenalan buat warga radio amatur yang belum pernah menyertai contest. Merasai.. dan enjoy hobi ini. J sambil berehat.
Maklumat lanjut rujuk :-
http://en.wikipedia.org/wiki/Contesting

(Dipetik dari newsgroup Mares)

Ada cadangan nak buka mini Dxpedition? Iota? totally HF dengan minimun 2 station. target sekurang-kurangnya minimum 2 Hari satu malam dengan tidak kurang min 500 contact (off peak propagation) atau 1000 (peak propagation) . Mode CW + Phone voice.Kalau ada please bagi idea lokasi.. Pulau? dekat pantai?atas pergunungan? etc... Tarkh mesti kena dgn ramalan propagasi (harap contest tak monopoli band.Ini sekadar cadangan.. belum lagi mutlak menjadi. Tapi bagi yang kaki hardcore... dapat 2 atau 3 station join pun dah jadik. :)sekadar cadangan tempat menarik yang boleh cover bukan HF sahaja tapi boleh Dxing VHF/UHF.

1) http://studio.netx1.com/hillresort/ - Coverage Singgora (Songhkla) dan Aceh
2) Genting Highland
3) Resort kemuncak Bukit Larut



Tempat hanya HF
1) Hutan Lipur kawasan KL
2) Pulau Perhentian
3) Pulau Meranti hehehe...


(Sambungan posting asal)

Disebabkan ramai yang tak arif tentang format Contest dalam amateur radio dicadangkan buat contest yang paling mudah dan senang difahami di VHF + 28Mhz (kerana populasi pemilik lessen B jauh lebih ramai). Setiap stesen (stesyen) hendaklah mendapatkan contact seberapa banyak stesyen yang boleh. Setiap stesyen yang Berjaya dilog akan diberi markah yang berbeza seperti di bawah.

Markah ikut point (Contohnya di dalam freq VHF dan lokasi di Bukit Maxwell)

Malaysia 9W2 – 6p
Malaysia 9M2 – 12p
Indonesia YB - 30p
Indonesia YC - 15p
Indonesia YD - 10p
Indonesia Lain2 – 6p
Thailand HS/E2 – 50p
Lain2 – 6p

Setiap peserta hendaklah mencatatkan log sekurang-kurangnya perkara-perkara di bawah. Kekurangan data yang perlu dikumpul akan ditolak markahnya. Penganjur akan menyediakan format log pada hari terbabit dan semua log mestilah dimasukkan ke dalam kertas tersebut.

Log Wajib.

Callsign
Handle
Masa GMT
Lokasi
Umur

Sebelum acara dijalankan akan ada talk tentang contest sebenar yang dijalankan di luar negara. Konsep New Multiplier, age, grid locator etc. Juga taklimat prosedur semasa pertandingan.

Lain-lain peraturan tempoh contest berlangsung akan ditetapkan dan maksimum power output juga dihadkan Acara ini mungkin boleh dijalankan secara berpasukan dimana setiap peserta akan bergilir-gilir mengendalikan satu stesyen dan setup stesyen yang paling baik, selamat dan kemas akan diambil sebagai markah tambahan.

Itu lerr idea saya. Kalau kita tak jalankan maka komuniti kita makin jauh ketinggalan. Malaysia sudah lama tidak menganjurkan contest (selain ARDF). 10 tahun? 15 tahun? Atau dah tak ingat. Maka idea saya mungkin mendetikkan kembali aktiviti ini. Kita kena enjoy hobi ini. Kena pelbagaikan, baru tidak bosan. Persaingan boleh dijalankan secara sihat antara komuniti-komuniti radio amatur yang lain. Hadiah tidak perlulah mahal, cukup sekadar piala dan sedikit hamper.

Selamat berfikir.. ini hanya cadangan saya, jika tidak jadi pun sekurang-kurangnya para pembaca telah berimaginasi sebentar tadi bagaimana mengendalikan steseyen contest dalam satu field day di luar rumah… adios!!

73!!

P/S: Kenapa saya memilih tajuk Iguana? Pada pendapat saya aktiviti radio amatur kita di Malaysia dah sedikit perlahan (kecuali ARDF). Dan saya memiliki seekor iguana yang mungkin akan saya dermakan sebagai hadiah johan bagi kontes itu nanti (itu pun kalau masih hidup) hehehe…

Khamis, 3 April 2008

Rindu kembali bertugas

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, buat pertama kali hari ini saya dapat berjalan dengan menggunakan sebelah tongkat sahaja. Entah bila lagi boleh tanpa bantuan tongkat lagi.

Gambar satu eksais luar negara

Mudah-mudahan saya dapat kembali pulih seperti sediakala. Terima kasih pada Rima, Azrina, dan rakan-rakan yang mengharapkan. Cuma saya dapat merasa sedikit setiap langkah yang diatur tidak lagi normal seperti dulu. Mungkin seperti Wadi dan Asri.

Apapun tunggu dan lihat.. percutian saya masih panjang, dijangkakan hingga Jun ini. Masa masih panjang untuk pulih.

73!!

P/S: Tahniah 9W2GE atas kehadiran Mary Sophea. :)

Related Posts with Thumbnails