Anda adalah tetamu ke blog ini.

Isnin, 31 Mac 2008

Aku merindui kembali saat-saat itu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah melurutkan segala perkakasan hobi yang saya ada di atas meja demi sekangkang tanah yang tak seberapa... kerinduan memiliki semula koleksi-koleksi ini kembali membuak lagi.

Posting saya di satu laman newsgroup sekadar dapat dijawab sayu oleh Abang Aziz. Pesawat yang dicari-cari amat sukar diperolehi walaupun sebagai barang terpakai dek kerana populasi pemegang lesen radio amatur kelas A semakin berkurangan. Bilangan mereka yang 'pergi' (maksud saya meninggalkan hobi ini yer.. hehe) terlalu besar nisbahnya dengan bilangan mereka yang masuk.

Gambar dibawah ini saya perolehi dari http://9w2zf.fotopages.com/?entry=84408&back=http://9w2zf.fotopages.com/?page=0 memberi seribu satu kenangan sejarah. Mereka majoriti dalam gambar ini telah pun tidak aktif dan ada yang telah meninggalkan kita. 9M2AA misalnya dan juga pemilik gambar ini. Saya juga hampir-hampir 'pergi'... Mungkin ada hikmahnya Allah memberi saya nyawa agar sujud padaNya.

(Saya yang memakai baju hitam Marine PUO).


Shack dalam kenangan...
Yang masih setia dengan saya di Pulau Meranti. Inilah yang saya usung ke hulu dan hilir.. tuner dan pesawat kecil tetapi berjasa.


Perasaan kepingin itu menebal tatkala saya di kampung ini. Sekadar hanya ditemani pesawat pemancar yang terlalu uzur kenwood TS440 (Pemberian 9M2FF) dan Redifon R551N (Pemberian 9M2SY) yang separuh berfungsi rupa-rupanya memberi satu perasaan bersyukur.
Kedua-dua pesawat ini mengingatkan saya erti kekurangan itu bukan halangan. Rakan-rakan saya terdahulu jauh lebih kekurangannya. Tapi mereka menjadikan kekurangan itu satu perangsang agar jauh lebih berjaya...mereka bangkit dari kekurangan!
Saya masih tersandar di kerusi roda ini..... memerhatikan radioku yang membuatkan saya merindui saat-saat itu...
73!
P/S: Terkilan tak dapat ikut Hj. Rashid 9M2RS dan 9W2SQ ke Lampung. Lawati http://www.qsl.net/9w2sq untuk gambar di sana.

Sabtu, 29 Mac 2008

GPS untuk kaki memancing?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya telah berjaya memanfaatkan banyak perkara sepanjang melekat di hadapan PC ini. Pergerakan terhad dengan kerusi roda ini membuatkan saya sering memikirkan perkara-perkara mengarut hahaha...

Saya mempunyai Pacifics Bluechart yang terkini. Asal cadangan saya membeli GPS ialah yang pertama bertujuan memudahkan navigasi pencarian tempat yang harus saya tujui di Ibu kota. Tujuan keduanya ialah untuk tujuan digunakan di atas bot saya nanti. Maka model seperti 276C adalah terbaik buat saya berbanding Nuvi atau yang lain-lainnya.

Banyak perkara yang peminat GPS perbincangkan tetapi lebih kepada navigasi di atas daratan. Tetapi bagi mereka yang kaki pancing, GPS jauh lebih bermakna buat penggiat hobi ini. Bagaimana?

Hahaha... saya menggunakan untuk memplot dan menyimpan koordinat lubuk-lubuk ikan. Ia juga mampu memberi ramalan pergerakan ikan melalui kedalaman serta bentuk kontur. anda mampu mengelak bot anda dari memasuki kawasan beting pasir, kawasan terumbu atau kawasan gelora kuat. Tetapi apa yang penting ialah... koordinat tukun-tukun hhehehe..

Adakah GPS anda mampu melakukannya? Maksud saya jika anda kaki pancing dikalangan ham radio?

Berikut ialah gambaran GPS saya yang mana saya tukar ke mode maritime. Ia banyak menyimpan nota (kawasan bertanda seru '!') Ketik dan anda akan tahu apakah geografi di situ.

Kontur antara Kuala Juru, Pulau Jerjak dan Pulau Aman - kawasan saya memukat ikan

Gambaran pada PC dengan menggunakan program mapsource - perhatikan Permatang sedepa dengan kedalaman 1 kaki. Kontur ini menunjukkan ia adalah perangkap beting. Kapal karam di dalam peta ini menunjukkan sejarah kapal tersebut telah memasuki perangkap beting dan tersadai dan karam.


Peta Pacifics Bluechart yang telah saya muat turun ke GPS

Demikian coretan saya. Bagi kaki memancing yang mempunyai GPS model ini bolehlah memanfaatkan keupayaan ini. Semalam di carian lelong.com saya telah menemui satu lagi model iaitu 296C dengan keupayaan untuk navigasi pesawat udara. Huh... mungkin peminat hobi Kapal Terbang mengilainya seperti Man Belon hahahaha............
Terima kasih pada rakan yang bertugas di Lumut atas bantuan setup GPS ini. Dan apa yang saya terperasan... hobi radio amatur menemukan banyak hobi yang lain!!
Hingga jumpa lagi.. 73!

Jumaat, 28 Mac 2008

Buat sendiri antena GPS paling sensitif dan jimat

Gambar di bawah dari fail ARRL



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya masih bergerak dengan kerusi roda buat masa sekarang. Tak tahu apa nak buat.. terlalu bosan.

Kebetulan di kerusi roda ini ada satu mounting yang bolih saya letak GPS 276C saya. malangnya antenna yang terdapat padanya hanya dapat mengesan tidak lebih dari 4 isyarat satelit walaupun di kawasan terbuka.

2 Hari lepas selepas pulang dari rawatan di Hospital Pulau Pinang, ketika melalui Jambatan Pulau Pinang saya terlihat beberapa bot nelayan melalui bawah jambatan. Terpandang antenna GPSnya besar-besar. Semuanya berwarna putih dan besar macam cendawan. Idea mengarut mula muncul.

Carian dari internet memberi saya satu pelan antenna yang sangat bagus. Saya telah membinanya semalam dan hasilnya sensitiviti GPS saya meningkat sehingga 90%. Respon ke atas pengesanan satelit sangat pantas.. cuma 2 saat selepas GPS dibuka!.

Pagi tadi saya telah terjumpa magnet pada mini phone book yang banyak terjual di supermarket yang mana saya jadikan magnet mount antenna ini. Manakala penutup plastik nipis/ringan yang mana saya warnakan dengan menggunakan spray berwarna putih dan menambah tulisan GARMIN 276C padanya. Saling tak ubah seperti yang kormersil!!

Jika ada yang ingin cuba, boleh mendapatkan di bahagian 'file'. Anda boleh berjimat sehingga RM130 berbanding membeli yang kormersil. Kabel RG174 boleh diperoleh di Jalan Pasar. Pastikan setiap bilah antenna mempunyai kecondongan 45 darjah setiap satu bagi vertikal dan horizontal 90 darjah. Kepanjangan kabel hendaklah sependek yang boleh untuk mengurangkan loss.

Selamat mencuba!!

Dowload projek antena diatas kat sini

Berikan respon pada saya hasil buatan tangan anda. Kini antena tersebut diletakkan pada kerusi roda saya...


*Maaf, kamera tak ada untuk tunjukkan hasil ini

Selasa, 25 Mac 2008

Laporan CW siri 1/2008-Apa yang terjadi?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya sedang menyiapkan kupasan mengenai lompang Akta Universiti Dan KolejUniversiti 1971 (dan peraturan-peraturan di bawahnya) dan Akta Pendidikan Tinggi Swasta (Akta 555) yang mengongkong pelajar menceburi persatuan-persatuan (radio amatur amnya). Idea saya terbantut seketika apabila menerima panggilan dari 9M2MGL mengenai keputusan peperiksaan CW siri 1/2008.

Apa yang menariknya calon 9W2HNY lulus setelah 2 kali mengambilnya. Moralnya, jika para pembaca telah pun mencuba sebelum ini tetapi gagal... adalah malu sekali anda tewas pada budak hingusan ini yang acapkali mengambil sehingga berjaya.

Saya masih lagi menyimpan gambar-gambar calon yang telah mengambil sebelum ini tetapi gagal. Hanya beberapa sahaja yang saya pangkahkan mukanya (macam cerita P.Ramlee “Enam Jahanam”) telah berjaya.. yang lain masih lagi menyorok disebalik pesawat pemancar VHF yang sudah berhabuk. Hehehe..

Kepada mereka yang telah gagal sebelum ini, harus ingat.. Orang yang gagal ialah mereka yang jatuh tetapi enggan bangun kembali. Anda akan dikenang sebagai satu sejarah kegagalan. Ini masanya anda mengubah sejarah itu.

Kelajuan CW telah sedikit diperbaiki dengan gap setiap huruf dipanjangkan untuk memberi masa calon berfikir menterjemah. Ambil peluang ini, mulakan dari sekarang. Jangan biarkan apa yang telah anda habiskan selama ini belajar berkarat begitu saja. Mulakan sekarang, September ini pasti akan mengukir senyuman anda kembali.

Jangan mimpikan bulan akan jatuh ke riba kerana ia ibaratkan pungguk rindukan bulan....

Keputusan penuh CW siri 1/208 di http://9m2mgl.blogspot.com

Terima Kasih.

**diambil dari http://jurukaka.blogspot.com



Gambar: Pemandangan Pertandingan CW di luar negara yang mana pesertanya adalah kaum Ibu.. bagaimana pula Malaysia? Hanya seorang sahaja calon dari warga wanita yang lulus CW dalam era MCMC, selepas MCMC berusia 10 tahun penubuhannya....


Isnin, 24 Mac 2008

Bosan di kampung pula

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku masih lagi terlantar di katil tetapi kali ini di Bukit Mertajam. Susah betul hidup tanpa anggota badan yang sempurna. Jangkaan cuti pula sehingga pertengahan Jun.

Seharian tadi siang melihat-lihat rumah kecil (setor) yang merangkap bengkel dan shack yang terbiar lama di luar rumah… 5 tahun ditinggalkan. Ah.. welding set yang sudah terbiar, radio TS440 yang masih lagi berfungsi, table drill yang berdebu dan banyak lagi. Dalam menanti saat-saat hari menjadi gelap tidak banyak yang boleh aku lakukan. Band di HF masih lagi sunyi.

Aku gerakkan juga tangan dan ensotkan badan merapati dinding rumah kecil itu. Aduh alangkah indahnya kalau isteriku doktor.. kan mudah menjaga aku, macam adik si Fahroe (hehe..).

Banyak salinan pelan-pelan antenna yang terbiar dan dimamah anai-anai. Semua tu aku salin semasa aku masih lagi mentah dalam hobi ini. Nama-nama seperti 9W2IP (khabarnya kini di Jerman), Pak Lang 9W2BA, Mr. Chin 9M2CW, Ujang 9W2AU, Hj, Idris serta banyak lagi banyak menyumbang pada koleksi ini.

Bosannya.. atau mungkin ini masanya aku boleh menulis tentang banyak peristiwa suka duka dalam dunia radio amatur? Mmm… menarik kan? Insyallah saya akan mencoretkan sesuatu terdekat ini.

Hingga jumpa lagi!!

p/s : Tempahan semua produk ditangguh sehingga saya sihat. Semua antenna 10M telah ditempah telah disiapkan serta dituntut dan jaminan dilanjutkan sehingga saya maklumkan kelak.

Selasa, 18 Mac 2008

Ada sesiapa nak tempah antenna?

Alhamdullillah saya sedikit sihat kali ini.

Saya telah berjaya mengapai Gunung Bromo bulan lepas sebelum kejadian kemalangan. Rupa gunung ini boleh dilihat di bawah. Indah.. sungguh indah.




Dan untuk Flea Market akan datang (bila saya sembuh) atas permintaan ramai peminat 10m band (28Mhz). Saya akan menjual produk baru saya iaitu antenna yagi HF khusus bagi 28Mhz.

Kegiatan DXing di 10m sudah kembali rancak. Rujuk rakan dari taiping di sini.

Bagi mana-mana rakan yang berminat dengan band yang lain juga boleh menempah dengan kadar yang akan diumumkan kelak. Antara yagi yang telah saya siapkan untuk pelanggan ialah bagi band 10m+17m+20m serta 80m+40m serta 40m+20m. Tempoh tempahan adalah antara 1 hingga 2 minggu bergantung pada giliran anda. Setakat ini sudah terdapat 4 orang rakan yang telah melanggan antena ini telah saya siapkan (sebelum saya jatuh sakit).

Berikut ialah gambaran bagi antena yagi 28Mhz 2 element.


Dan bagi yang sedikit hardcore terdapat 3 element lightweight dengan suapan Gamma Match.


Penghantaran antenna ini meliputi Sabah dan Sarawak dengan syarat alamat anda adalah lengkap.
Bagi rakan-rakan lain yang telah menempah interface harap bersabar. Keadaan kesihatan saya sedikit sebanyak menggugat perjalanan tempahan-tempahan tuan. Kesabaran tuan amat saya sanjungi.
Dan selamat menghadapi peperiksaan CW bagi calon-calon yang akan mendudukinya minggu depan.
73!!

Sabtu, 1 Mac 2008

Sejuk rasanya.. takut dan takut denganNya

Dah hampir 1 minggu lebih aku terlantar... Masih sukar untuk bangun tanpa sebelah kaki yang sempurna. Kadang-kadang apabila lampu dini malam dipadamkan aku terasa sangat-sangat sejuk.. keseorangan dalam kegelapan. Ah, radio sudah bukan penemanku buat masa sekarang.

Kesakitan dan kadangkala kesejukan saling mengambil tempat. dikala itu kesunyian melanda.. pelbagai perkara terbayang kembali difikiranku...........

video

Dan ketakutan kini menghantui aku... apakah anda juga telah bersedia menghadapi saat-saat ini?

Related Posts with Thumbnails